Categories: Trending

[VIDEO] Rakyat Malaysia Disaran Jangan ‘Bebal’ Kalau Nak Raya

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan!

Bagi seluruh rakyat Malaysia yang rindu mahu menjalani kehidupan seperti biasa, dan menyambut puasa serta Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi, sila patuhi PKP agar ia tidak dilanjutkan ke fasa seterusnya.

Peduli akan perintah kerajaan dalam melaksanakan PKP ini adalah penting, terutamanya dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Sumber : Google

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, PKP akan diteruskan ke fasa seterusnya jika rakyat Malaysia masih berdegil dan tidak mahu mengikut Perintah Kawalan Pergerakan ini. 

“Adakah bulan puasa nanti PKP akan terus dilaksanakan? Bolehkah kita berhari raya dan menjalani kehidupan seperti biasa. Jawapannya hanya tuan puan yang boleh memastikan tiada PKP ketiga, keempat, kita boleh berhari raya seperti biasa (atau tidak), semua bergantung kepada tuan dan puan sendiri.”

Jika kita terus mematuhi setiap arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan, saya percaya ketakutan kita untuk sambungan PKP akan dapat diselesaikan,” Katanya.

Tambahnya lagi, pelaksanaan PKP fasa kedua akan lebih diperketatkan dengan beberapa prosedur operasi standard (SOP) baharu diperkenalkan.

Sumber : Google

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memainkan peranan dan bertindak lebih tegas supaya pematuhan kepada PKP fasa kedua dipatuhi seluruh rakyat.

“Pada Selasa sahaja, seramai 742 individu ditahan dalam sekatan jalan raya dan rondaan oleh polis dan tentera kerana melanggar PKP, bagaimanapun kita melihat angka ini sedikit menurun berbanding pada Ahad lalu iaitu sebanyak 828 tangkapan.

“PDRM bersama ATM mengadakan 1,547 sekatan jalan raya dan melakukan pemeriksaan ke atas 383,488 kenderaan manakala sebanyak 22,586 pemeriksaan mengejut.

“Sebanyak 165 individu dituduh, enam daripada mereka dijatuhi hukuman denda atau penjara manakala di Sarawak, hukuman penjara yang dikenakan adalah sebanyak satu hingga empat bulan,” Jelasnya ketika sidang media harian yang berlangsung di Putrajaya.

 

Salma Syahbuddin