Trending By: Aisyah Badrul March 9, 2020 @ 11:46am

[VIRAL] Hebat Dan Bertenaga! Atuk 103 Tahun Nikahi Gadis Usia 30 Tahun!

CINTA datang kepada seseorang tanpa mengenal siapa dan masa. Ini yang berlaku di Sulawesi apabila seorang lelaki berusia 103 tahun nekad mengahwini seorang gadis berusia 30 tahun! Lelaki yang dikenali dengan nama Muhamade ini berkahwin dengan Ido Ajeng, wanita yang memiliki jarak usia 73 tahun dengannya selepas 8 tahun menduda. 

Video pernikahan pasangan ini menjadi tular di laman sosial dan menjadi perhatian warganet baru-baru ini. Siapa tidak terkejut apabila melihat lelaki berusia 103 tahun yang  masih kuat dan gagah berada di sebuah majlis pernikahan dan mengahwini gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

https://www.facebook.com/MnctvOfficial/videos/194552848527174/

Bukan calang-calang atuk tau!

Mereka dikhabarkan dengan rela hati menerima antara satu sama lain walaupun jarak usia mereka agak ketara. Menerusi video tersebut, Muhamade dilihat memakai sut serba hitam dan bersongkok disamping Ido yang mengenakan pakaian pengantin berwarna putih. Muhamade menghadiahkan sebentuk cincin emas berharga 5 Juta Rupiah (RM 1,459) kepada isterinya itu. 

Untuk pengetahuan, Muhamade bukan calang-calang orang tau. Dia merupakan bekas pejuang kemerdekaan Indonesia terdahulu. Lelaki berusia 103 tahun ini pernah mendirikan rumahtangga tetapi isterinya sudah meninggal lapan tahun yang lalu. Difahamkan, perkahwinan terbaharu ini merupakan aturan kedua keluarga mempelai ini.  Selapas diijabkabulkan, Ido dikatakan pulang ke rumah pengantin lelaki yang terletak di daerah Pitumpanua. 

Tiada yang mustahil di dunia ini. Siapa kata lelaki berusia 103 tahun tidak boleh berkahwin? Muhamade telah membuktikan bahawa dengan usia sebegitu pun dia masih kuat dan bertenaga tau. Selamat pengantin baru Muhamde dan Ido! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Jan 2019

‘Fuh, Berhabuk English Budak Ni’, Aishah London Curi Tumpuan Netizen

Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan…

Featured Sat, 16 Jul 2022

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Alamak apa kes ni? Fazura perli siapa? Kesian Faz teruk dikecam 🥲 Niat dia baik, tapi ramai yang salah sangka 😢 Apapun, Che Ta memang sempoi 🫰🏻

Trending Tue, 27 Apr 2021

Raya Tahun Ni, Tampil Classy & Bergaya Dengan Jam Tangan Solvil et Titus!

Sempena kehadiran Syawal 2021 ini, selain daripada penyediaan baju raya, anda juga perlu tampil bergaya dengan memakai aksesori seperti seutas jam tangan! Barulah raya tu rasa macam lengkap kan? Agak-agak, jam tangan apa yang menjadi

Featured Fri, 20 Aug 2021

Daiyan Trisha Penat Dengan Situasi Semasa, Jawab Spekulasi Cinta Dengan Aedy Ashraf

Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha, 24, mendedahkan dirinya turut berdepan dengan situasi ‘penat’ mental dan emosi sepanjang wabak melanda. Daiyan mendedahkan cabaran sebagai anak seni yang terpaksa dihadapi dalam situasi pandemik. “Kalau dulu Daiyan boleh

Hiburan Tue, 28 Feb 2023
Trending Sat, 29 May 2021

Siti Nordiana Salurkan Emosi, Buat Kajian Dahulu Sebelum….

Penyanyi Siti Nordiana menyalurkan emosi dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Cukup Derita Itu. Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, karya terbabit menjadi lagu

Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Trending Mon, 6 Aug 2018

Jadi Isteri Tak Sampai 24 Jam, Akhirnya Fatin Pergi Jua…

Pernikahan mereka berjalan serba ringkas, hanya dihadiri ahli keluarga terdekat, tiada baju pengantin, malah ketika Azzam melafazkan akad nikah, Fatin Nursyahirah hanya mampu terbaring di atas katil, sebelum dia dimasukkan ke Hospital Jitra petang itu untuk menjalani rawatan akibat sesak nafa

| Live TV