Events By: Salma Syahbuddin July 22, 2022 @ 2:20pm

“Saya Anak Yatim Piatu, Tapi Abah Layan Sama Macam Anak Sendiri” – Pemuda Viral Rebah Ketika Kawad, Akui Bapa Saudara Datang Selepas…

Selepas tular beberapa foto memperlihatkan seorang warga emas datang mendapatkan anak saudaranya selepas dilihat rebah ketika perbarisan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang pada Khamis, ternyata meruntun hati seluruh masyarakat Malaysia.

Malah, dengan tidak memikirkan tentang keadaan dirinya yang sudah dimamah usia, lelaki berkenaan yang sebelum itu berada di khemah tetamu segera berlari tanpa menghiraukan selipar yang dipakainya tertanggal.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

 

Kejadian yang menyentuh hati itu bukan sahaja mengundang sebak mereka yang berada di lokasi kejadian malah, foto tersebut turut dikongsikan disemua platform media sosial termasuklah oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi akaun Facebook miliknya.

 

Namun siapa sangka, pemuda yang dikenali sebagai Nik Mohd Adhar, 22, itu sebenarnya merupakan anak yatim piatu dan sudah dibesarkan oleh bapa saudaranya,  Abdul Aziz Ya’acob, 60 serta isteri, Rosmawati Ismail, 53,  sejak kecil lagi.

Malah, bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi itu sudah menganggapnya seperti anak sendiri bahkan dia juga sudah memanggil warga emas itu dengan panggilan mak dan abah.

“Abah adalah bapa saudara saya.

“Emak kandung saya meninggal dunia ketika saya berusi tiga bulan manakala, ayah pula sewaktu saya berumur tujuh tahun,” katanya.

Menurut Nik Adhar, sebelum kejadian rebah tersebut terjadi, dia sudah beberapa hari mengalami masalah kesihatan dan kejadian rebah itu adalah yang kedua kali berlaku pada masa yang sama menyebabkan bapa saudaranya itu berlari meluru kearahnya.

“Semasa abah datang melulu tu… itu adalah kali kedua saya rebah.

“Kali pertama saya masih boleh bangun dan kedua itu yang abah datang,” jelasnya.

Sementara itu, pemuda yang berasal dari Tumpat, Kelantan dan sedang bertugas di KPDNHEP Tawau, Sabah itu juga merupakan anak angkat kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr  Asyraf Wajdi Dasuki  yang mengakui turut terkejut dengan insiden yang berlaku.

Terdahulu, ramai warganet yang menyangkakan bahawa lelaki yang rebah adalah anak kepada warga emas terbabit namun sebenarnya itu adalah bapa saudara beliau.

 

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 1 Dec 2018
Featured Thu, 22 Jun 2023

Nikki Palikat Tampil Dengan Lagu ‘Panas’

Nikki Palikat buat comeback guys

Hiburan Fri, 25 May 2018

Sherry Ibrahim Diuji Lagi

Kotak selebihnya semua berada dalam keadaan basah. Jumlah kerugian adalah sebanyak RM35,000 (membabitkan 312 helai tudung)

Hiburan Sat, 7 Sep 2019

Hanis Zalikha Jual Minyak?

Minyak masak macam Alif Satar ke?

Trending Sat, 10 Apr 2021

Bukan Gimik! Ini Punca Kenapa Shaheizy Sam Menangis…

Ni memang sebak, min pun nak nangis dah….

Trending Mon, 3 Jan 2022

Dakwa Difitnah Wanita Di Media Sosial, YouTuber Popular Aqil Zulkiflee Tuntut Permohonan Maaf & Pampasan RM1 Juta  

Pemenang trofi YouTuber Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34, Aqil Zulkiflee tidak mengambil ringan tuduhan fitnah melalui platform media sosial apabila menuntut permohonan maaf dan pampasan RM1 juta terhadap seorang wanita yang […]

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Trending Fri, 29 May 2020