Featured By: Nurul Hana June 22, 2023 @ 3:29pm

Nikki Palikat Tampil Dengan Lagu ‘Panas’

Penyanyi Nikki Palikat kembali menjadi bualan peminat industri muzik tanah air selepas kemunculannya pada program realiti nyanyian pada 2021.

Kemampuan Nikki menyanyikan lagu daripada pelbagai genre telah membuktikan dirinya antara penyanyi terbaik yang kita ada. Bukan itu sahaja, vokal yang dimiliknya juga telah menempatkan Nikki berada di kelas tersendiri.

Selepas single Sudah (2022), Nikki kini kembali dengan lagu berjudul Panas hasil ciptaan komposer terkenal, Audi Mok dan lirik ditulis oleh Shazee.

Menariknya, menerusi lagu Panas ini buat pertama kali Nikki menyanyikan lagu bergenre Electric Dance Music (EDM), sekali gus menyifatkan ia satu percubaan berani Nikki.

“Genre lagu adalah EDM dan saya sangat teruja untuk lancarkan lagu seperti ini. Mungkin ramai yang tidak menjangka saya akan keluarkan lagu seperti ini. Kalau sebelum ini saya kembali dengan lagu Sudah yang juga adalah naskhah bergenre balada. Namun, lagu EDM seperti ini saya rasa orang akan terkejut.

“Lagu ini memang satu pertaruhan yang berani, tapi seperti biasa saya bukan jenis yang takut untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana ia menyeronokkan,” katanya.

Menurut Nikki, lagu Panas dapat memgubat kerinduan kepada dirinya dan juga peminat yang sentiasa inginkan karya daripadanya terutamanya lagu berentak rancak.

“Kemunculan lagu ini memang akan mengubat kerinduan peminat termasuk diri saya sendiri. Saya memang suka menyanyikan lagu rancak, ada unsur tarian, bertenaga dan memberi peluang kepada saya untuk tampil dengan persembahan ‘theatrical’. Saya suka elemen seperti itu dan lagu ini membuatkan saya cukup teruja kerana ia adalah genre yang saya belum pernah bawa sebelum ini.

“Lirik lagu ini saya tidak mahu sesuatu yang serius. Saya ada minta kepada Shazee supaya tidak tulis lirik yang serius sebab kalau boleh saya mahu selitkan unsur komedi. Jadi, pendek kata lagu ini mengisah seorang Diva yang nakal dan mudah terhibur. Ini kerana, saya lebih cenderung untuk ke arah itu.

“Sejujurnya, dalam banyak lagu pernah dirakam, Panas ini adalah karya yang paling seronok bagi saya,” katanya.

Nikki juga berharap agar lagu terbaru berjudul Panas dapat diterima ramai dengan genre lagu yang sedikit agak berbeza dari genre sebelum ini.

“Saya berharap lagu Panas boleh diterima ramai, sebab genre lagu ini sedikit berbeza daripada genre sebelum ini pernah dibawakan. Sebab memang ramai peminat yang menantikan saya muncul dengan lagu bergenre rancak atau ‘dance’,” katanya.

Selain itu, Nikki juga teruja untuk berkongsi yang mana dia dalam perancangan untuk mengadakan ‘showcase’ atau persembahan istimewa buat peminat.

“Untuk album buat sementara belum lagi. Nikki akan keluarkan single by single. Buat masa sekarang, saya sebenarnya sudah rakam beberapa single dan semua dalam proces.

“Showcase masih dalam perbincangan dan masih terlalu awal untuk mengumumkan. Tapi memang saya mengharapkan sebuah showcase yang berskala besar khas buat peminat saya,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022

Tukar Nama Kepada ‘Azri Alexander’? Azri Iskandar Batal Hasrat Sebab…

Alahai sampai nak tukar nama eh sebab selalu kena kecam 😌 Korang rasa patut ke Azri Iskandar tukar jadi Azri Alexander?

Events Wed, 22 Feb 2023
Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Amyra Rosli Dilarang Berlakon?

Masa yang terbaik untuk Amyra jaga kesihatan dan baby dalam kandungan tu ok.

Trending Wed, 17 Oct 2018

“It Would Be an Honour to Represent Malaysia on the World Stage…”

Fireman and triathlon athlete Mohd Amran dreams of qualifying for the IRONMAN World Championship in Kona, Hawaii, USA.