Hiburan By: Nurul Hana April 26, 2023 @ 3:47pm

“Itu Budak Hensem Punya Pasal” – Penangan Nadhir Nasar, ‘Owner’ Kedai Runcit Datang Bawa Beg Ais Untuk Orang Bergambar

Baru-baru ini, tular di media sosial foto pelakon Nadhir Nasar bergambar di kedai runcit memegang beg ais batu.

Aksi bersahaja yang dirakamkan Nadhir di Instagram miliknya menjadi satu ‘trend’ apabila ramai yang mengikut caranya mengambil gambar ‘ootd’.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ice Pun Boleh Cair…” – Peminat Melting Lihat Nadhir Nasar Jalankan Tugas Anak Lelaki

Juara Hero Remaja itu memuat naik semula deretan gambar yang dikongsi oleh peminat yang sanggup ke kedai runcit yang sama untuk bergambar sambil memegang beg ais batu.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila seorang pengguna Twitter yang mendedahkan pemilik kedai runcit itu memberi pinjam satu beg ais supaya dapat bergambar menggunakan gaya yang sama seperti Nadhir.

“What have you done??” tulisnya di kapsyen.

“Remake Nadhir Nasar beli air kotak jela tapi. Sebab nak beli ai rumah jauh, cair mat.

“Tiber Apok datang bawa ais bag. Ramai oh ambil gambar pegang ais, itu budak hensem punya pasal. Baik betul Apok ni,” tulis peminatnya di gambar.

Muat naik tersebut meraih pelbagai reaksi wargamaya yang terhibur dan turut mengakui penangan Nadhir.

“Damn, Nadhir Nasar influence is phenomenal! He’d be only taking some OOTD at a random kedai runcit with ice, and there goes everyone be rushing to the shop! Masya-Allah, dalam rizq Nadhir, ada juga rizq the shop owners.

“Lepas ni semua tauke kedai berebut nak cari Nadhir suruh ambil gambar depan kedai. Nadhir punya penangan,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 10 Jan 2019

Pelawak Popular Indonesia Sule Bakal Kahwin Lagi?

Selamat pengantin baru Pak Sule!

Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Bosan ‘Diserang’ Netizen, Ayu Ting Ting Minta Carikan Suami

Semoga Ayu segera bertemu jodoh. Manalah tahu, jodoh Ayu mungkin orang Malaysia? Eh!

Featured Tue, 30 Aug 2022
Kisah Viral Fri, 12 Jun 2020
Hiburan Sun, 5 Jun 2022

Selepas 8 Tahun, Peminat Terubat Rindu Lihat Neelofa Kembali Mengacara Nona TV3

Peminat lepas rindu melihat Neelofa mengacara di Nona selepas 8 tahun!