Trending By: Syafiqa Irdina March 26, 2020 @ 2:11pm

[VIRAL] “Kalau Ada Rezeki Nak Masak Rendang Untuk Mereka” – Isu Celupar Terhadap Kakitangan Hospital, Diva AA Mohon Maaf!

Gara-gara tindakannya menghina kakitangan Hospital Putrajaya, bekas personaliti televisyen terkenal iaitu Azwan Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Diva AA menerima laporan polis oleh pihak pengurusan hospital tersebut!

Isu tersebut bermula apabila sebuah video yang tular di laman Youtube yang menunjukkan Diva AA memburukkan kakitangan Hospital Putrajaya dan sekaligus menjejaskan imej dan kredibiliti pegawai perubatan dalam mengendalikan kes COVID-19.

Berikut merupakan kenyataan rasmi oleh Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Nora’i Binti Mohd Said pada 24 Mac 2020.

 

 

Susulan daripada laporan polis yang dibuat oleh pihak Hospital Putrajaya, Diva AA telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka melalui sebuah video di laman Twitter miliknya.

 

 

Sumber: Twitter

Beliau yang kesal dengan tindakannya itu berkata,  beliau mengambil hikmah atas perkara yang terjadi dan berharap pihak hospital bersikap terbuka untuk menerima permohonan maaf daripadanya.

“Saya mohon maaf kepada Hospital Putrajaya, para Doktor dan pengurusan kerana content perutusan diva khas bahagian tiga menjadi panas dan mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak tertekan dan diganggu emosi disebabkannya.

Semestinya Diva AA mengutip setiap hikmah yang berlaku di sebalik setiap kejadian tidak disangka ini, sekali lagi mohon maaf kepada pengurusan Hospital Putrajaya. Buang yang keruh, ambil yang jernih,” katanya.

 

“Kalau Ada Rezeki Nak Masak Rendang”

Katanya lagi, jikalau ada rezeki dan kesempatan, beliau ingin memberi rendang ayam yang dimasak olehnya kepada pihak pengurusan hospital yang tersinggung dengannya sebagai tanda sedekah.

“Dah nak dekat puasa dan raya ni, kalau ada rezeki Diva AA akan masak rendang Chef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata Diva AA. Minta maaf, kita ni hidup tak lama jadi, di atas dunia ni jangan bagi orang dendam kepada kita,” tambahnya lagi.

Apa-apa pun, Diva AA pun telah membuat permohonan maaf dan diharapkan semua pihak dapat bersikap terbuka tentang isu ini.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Harap isu ini dijadikan iktibar buat semua rakyat Malaysia supaya sentiasa peka dan sensitif terhadap situasi yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Peace!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 14 Nov 2022
Trending Tue, 2 Jun 2020
Hiburan Wed, 22 Sep 2021

“Akhirnya Saya Mengalah” – Tahan Sakit Sampai Tak Tidur, Elyana Dimasukkan Ke Hospital

Penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital selepas lebih sebulan menahan sakit. Menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, Elyana menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram semalam. “Lebih sebulan menahan sakit

Hiburan Thu, 2 Sep 2021

Dapat Sambutan Penonton, OBTV Program Hiburan Socialtainment Tumpu Kisah Viral & Menarik

Sejak mula dilancarkan pada Januari lalu, program hiburan OBTV terbitan REV Media Group (RMG) (sebahagian daripada kumpulan Media Prima) antara yang mendapat sambutan penonton. OBTV adalah sebuah program kapsul hiburan socialtainment berdurasi 5 minit yang

Hiburan Sat, 7 Aug 2021

“Sayang Aku Tanya Apa Khabar?” – Zynakal Akui Terkejut Bila Dayang Nurfaizah Setuju Untuk…

Penyanyi rap Zynakal, 23, kini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Sayang Aku Tanya Apa Khabar. Menariknya, lagu terbitan Def Jam Malaysia ciptaan Zyn, Nobita dan Chaan serta lirik oleh Zyn sendiri itu turut menampilkan

#tilljannah Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Khusyuk Berbahasa Arab, Hana Ismail Tidak Sengaja Terpanggil Dai Syed ‘Keldai’

Selepas mendirikan rumah tangga, pendakwah selebriti Dai Syed dan isteri, Hana Ismail sering kali berkongsi rakaman romantis mereka di media sosial. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian video Syed dan Hana sedang bersoal jawab menggunakan bahasa

Hiburan Sat, 1 Jan 2022

Azzam Sham Selamat Bernikah Dengan Sheryl Shazwanie

Dengan sekali lafaz, penyanyi Azzam Sham, 25, selamat mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Sheryl Shazwanie, 25, tepat jam 10 pagi tadi. Memilih tarikh tahun baru untuk mengakhiri zamab bujang, majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid

| Live TV

error: Content is protected !!