Featured By: Maya Basir March 2, 2023 @ 2:25pm

Anak Istimewa Sudah Mula Berjalan, Edry KRU Tak Halang Cahaya Mata Terus Tinggal Di Luar Negara

Anggota kumpulan KRU, Edry Abdul Halim sudah hampir lima tahun bermastautin bersama isteri dan anak-anak di Manchester, United Kingdom (UK).

Memetik laporan Berita Harian, komposer popular ini berkongsi cerita anak istimewanya, Emery, 16, semakin menunjukkan perkembangan positif hari demi hari di sana.

Walaupun Emery masih belum bertutur, Edry dan isteri gembira melihat perkembangan anaknya itu.

“Sebaik berpindah ke Manchester, kami mula kurangkan jangkaan terhadap perkembangan Emery. Kami tidak lagi tunggu bila cikgu akan mengajar dia bercakap. Sebaliknya, kami terima seadanya keadaan anak kami.

“Lagipun, apa yang diajar sekolah di UK lebih kepada asas kehidupan seperti penggunaan tandas, keselamatan di dapur, melintas jalan dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, anak istimewanya itu sudah mula pandai menguruskan diri sendiri dan berkomunikasi menggunakan aplikasi jika mahukan sesuatu.

“Sebelum ini, Emery tidak suka berjalan. Sebaliknya, lebih suka duduk kereta sorong anak kecil, walaupun sudah besar.

“Tetapi sejak belajar di sini, dia sudah mula berjalan. Emery boleh menguruskan diri sendiri sedikit sebanyak.

“Itu sudah cukup membuatkan saya dan isteri gembira kerana kami mahu melihat dia pandai berdikari.

“Berikutan Emery belum boleh bercakap, kami berkomunikasi menggunakan aplikasi. Dia menaip apa yang dimahukan melalui aplikasi itu,” ujarnya.

Ditanya sama ada mereka akan terus menetap di UK, Edry dan isteri masih belum ada perancangan untuk kembali ke tanah air.

Malah, dia merasakan tidak salah menjadikan Manchester rumah kedua mereka dan tidak memaksa anak-anak jika mereka enggan pulang ke tanah air.

“Saya tidak nafikan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Jadi, lebih baik di negeri sendiri. Perancangan untuk pulang ke Malaysia ada, tetapi bukan pada waktu terdekat kerana Emery masih belajar.

“Dua anak saya yang dewasa sudah bekerja dan belajar di kolej. Jika mereka ingin terus menetap di Manchester, saya tiada halangan kerana mereka sudah besar… Itu pilihan mereka,” katanya.

Selain Emery, Edry dan isterinya, Milia dikurniakan tiga lagi cahaya mata iaitu Emil, 23, Edylia, 20, dan Elya, 13.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

林文荪讨厌被叫错名!一句「专注事业」撇恋情

自去年夺下新马版《决战好声》冠军并正式签约大马环球音乐的林文荪,日前终于带着全新EP举办媒体发布会;谈及与车志立(车子)的绯闻,她回应说“目前专心在事业上,大家都还是朋友啦!“

Featured Thu, 26 May 2022
Hiburan Fri, 4 May 2018

陈薇薇以身犯险《小心有诈》上演「无间道」

近年来,诈骗案件在全国层出不穷,手段五花八门,令人民防不胜防。本地首创论“骗”节目《小心有诈》由陈薇薇主持,提高公众对各类骗局的意识和警惕。

Trending Sun, 27 Dec 2020
LIFESTYLE Wed, 19 Dec 2018

Malaysia Duduki Tempat Ketiga Kunjungan Paling Ramai Di Asia

Bagaimana pula dengan destinasi pilihan korang?

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Hiburan Thu, 24 May 2018

Maaf…Belum Sedia Tambah Zuriat

Kos hidup dan barangan anak-anak juga mahal pada masa kini. Untuk menambah zuriat, banyak aspek perlu diambil kira dengan teliti…

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Atikah Suhaime Tak Kisah Suami Boroi Asal Berduit?

Siapalah agaknya yang dapat hinggap di hati Atikah?

Trending Fri, 27 Apr 2018

Donald Trump Versi Wanita Ditemui Di Sepanyol. Ini Memang Lawak!

Di usia 64 tahun, wanita berasal dari Sepanyol ini tidak pernah terfikir untuk menjadi popular apatah lagi disamakan dengan President Donald Trump.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

| Live TV