Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 6, 2020 @ 3:00pm

Vokal Mania: Isu Nuha Bahrin Belum Selesai – Pengacara Popular & Komposer Lagu Pun Tampil Bersuara!

Nampaknya kemenangan yang diraih Nuha Bahrin sebagai Rookie Star Award pada minggu kedua Vokal Mania ternyata tidak disenangi oleh ramai pihak. 

Mungkinkah kerana persembahan gadis berusia 20 tahun ini dianggap teruk sehingga kan maksud sebenar lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sudah ‘hilang’ dek kerana vokalnya yang ‘hancur’.

“Kalau adik tahu lagu ni ketuhanan, adik tak kan nyanyi macam ni…”

Pengacara dan komposer terkenal, Fedtri Yahya menerusi laman Twitter miliknya sempat memuat naik status berkenaan persembahan Nuha semasa Vokal Mania pada Ahad lepas. 

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat yang diberikan oleh pengacara itu menerusi interaksi di ciapan terbabit.

Malah, status ini telah di ulang kicau sebanyak 6,700 sejak ia dimuat naik.

Apa yang menarik perhatian, anak kepada komposer lagu tersebut, Nadia Fauzi juga sempat membalas kenyataan dari Fedtri Yahya mengenai pandangan ayah beliau terhadap lagu yang disampaikan oleh Nuha pada malam tersebut. 

Apapun, masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Diharap Nuha mengambil segala komen sebagai komen positif dan jadikan ianya sebagai pengajaran okay!

Jangan lupa terus saksikan Vokal Mania, setiap Sabtu, jam 9 malam hanya di TV3. Atau, boleh saksikan menerusi Youtube TV3 Malaysia dan LIVE TV di www.xtra.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 24 Jul 2020

Lelaki Pakai Gelang Kuarantin Dikompaun RM1,000

Seorang lelaki berusia 51 tahun dikompaun RM1,000 kerana ingkar arahan kuarantin di rumah selepas didapati makan di sebuah restoran di  Ayer Tawar di sini semalam. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki […]

Featured Mon, 18 Dec 2023
Hiburan Sun, 5 Jan 2025

“Sebagai Seorang Ibu, Saya Bersyukur Lihat Anak Kedua Selamat Bernikah” – Sheila Rusly

Alhamdulillah, anak kedua Sheila Rusly selamat bernikah baru-baru ini.

Hiburan Mon, 5 May 2025
Featured Wed, 15 Oct 2025
Trending Mon, 16 Apr 2018

Cheap Singaporean BMW Driver Scams Caltex Worker into Paying for his Petrol

This incident has turned into a national case. Everyone is hunting for the BMW driver!

Hiburan Tue, 27 Aug 2024
error: Content is protected !!