Categories: Trending

Vokal Mania: “Nak Kalahkan Idol? Nothing Is Impossible” – Daniesh Suffian

Bakat baru dalam bidang muzik, Daniesh Suffian akan tampil sebagai rookie di minggu kedua Vokal Mania yang bakal berlangsung malam ini.

Mengakui mempunyai rasa gementar untuk menentang idol, Daniesh tidak mahu terlalu memberi perhatian terhadap perasaan terbabit.

“Saya nak fokus dengan diri saya sendiri. Semua orang rasa gementar, rookie dan idol pun ada rasa gemuruh. Saya nak berusaha buat yang terbaik untuk puaskan hati semua orang.

“Saya tak nak fikir pasal orang lain sebenarnya. Saya nak relaks dan memberikan yang terbaik di persembahan malam nanti,” katanya.

Dalam pada itu, Daniesh juga menjawab persoalan adakah dia berpotensi untuk mengalahkan idol di pusingan battle.

“Bagi saya, nothing is impossible. Semua orang ada karakter dan keunikan tersendiri, termasuklah saya.

“Semuanya bergantung bagaimana saya menyampaikan lagu dan cara saya menguasai pentas, itu paling penting.

“Selain itu, semuanya bergantung dengan sokongan peminat. Saya mahu berikan 100 peratus. Doakan saya buat yang terbaik malam ini, insya-Allah,” katanya kepada Xtra.

Dalam perkembangan lain, Daniesh yang pernah muncul dalam salah satu episod program Immortal Songs ini baru sahaja muncul dengan single yang berjudul Simpan.

Jangan lupa saksikan Daniesh berentap dengan rookie dan idol lain di episod kedua Vokal Mania pada malam ini!

Jangan lupa untuk mengundi Daniesh dan rookie kegemaran yang lain di xtra.com.my/vokalmania okay!

Padin