Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 18, 2020 @ 3:26pm

Wafariena, Afieq, Nursyafiq & 21 Bakat Baru Lain Cabar Aina, Indah, Lan & Tomok Dalam Vokal Mania

Pelakon Wafariena Roslan, penyanyi baru Afieq Shazwan, personaliti media sosial Nursyafiq Naser dan 21 penyanyi amatur lain bakal berentap dengan empat penyanyi profesional, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Lan Solo dan Tomok dalam program realiti terbaharu TV3, Vokal Mania.

Vokal Mania akan bersiaran secara langsung bersama Datuk AC Mizal selaku hos utama dan Azira Shafinaz selaku hos bersama, sepanjang sembilan episod pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam hingga 10.30 malam bermula 24 Oktober 2020.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Khairul Anwar Salleh, Vokal Mania menjadi program hiburan yang hadir dengan format baharu yang bakal memikat penonton.

“Alhamdulillah, kami kembali dengan program hiburan siaran langsung seperti dahulu kala, bermula dengan Vokal Mania ini.

“Kekangan demi kekangan terpaksa kita hadapi susulan penularan wabak COVID-19. Namun TV3 tetap akan galas tanggungjawab dalam menyajikan program-program hiburan terbaik untuk tontonan semua.

“Hadirnya Vokal Mania yang mempunyai format baharu, kami harapkan para penonton semua dapat berkumpul  seisi keluarga merapatkan hubungan silaturahim sambil berhibur bersama kami,” katanya.

Dalam pada itu itu, Tomok mengakui program realiti terbaru ini memberi cabaran tersendiri kepada penyanyi profesional.

“Program ini memberi cabaran kepada saya, Lan, Indah dan Aina untuk tidak hanya berada dalam zon selesa. 24 penyanyi amatur ini bakal memberi saingan mantap.

“Vokal Mania akan menjadi salah satu platform untuk semua penyanyi menonjolkan bakat dan kebolehan. Jangan lupa untuk menyaksikan kami setiap minggu,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CGeXOUKHi3f/

Penganjuran Vokal Mania sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (dikenali Rookie) akan bertanding dengan empat penyanyi profesional (dikenali Idol) dan berpengalaman.

Format program ini sedikit berbeza dengan program realiti lain kerana 24 orang penyanyi amatur (Rookie) akan bertanding dengan empat orang penyanyi profesional (Idol) dan berpengalaman.

Setiap persembahan penyanyi (profesional dan amatur) akan dinilai 100 peratus oleh Misha Omar dan Yusry Abdul Halim selaku juri tetap.

Walaubagaimanapun, penonton di rumah boleh mengundi Rookie untuk anugerah ‘Rookie Star Award’ dalam setiap episod melalui www.xtra.com.my/vokalmania.

Peratusan undian Rookie Star Award adalah 70 peratus daripada undian awam, dan 30 peratus daripada penilaian juri tetap.

Kesemua Rookie ini akan dibahagikan kepada enam episod di mana setiap episod akan memperlihatkan seramai empat orang Rookie membuat persembahan dan berentap dengan keempat-empat Idol secara solo dan duet demi mengumpul mata.

Hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 menanti setiap Rookie yang berjaya menewaskan Idol masing-masing dalam setiap pertarungan.

Pada pentas akhir nanti, hanya 1 Idol dan 1 Rookie akan dinobatkan sebagai juara bagi kategori masing-masing.

Siapakah yang akan memenangi sejumlah wang daripada hadiah wang tunai berjumlah RM80,000? Jangan lupa saksikan Vokal Mania setiap hari Sabtu, pada pukul 9 malam, di TV3!

Vokal Mania ini juga boleh ditonton strim langsung secara HD di YouTube TV3 Malaysia dan tonton.com.my. Layari www.xtra.com.my dan laman media sosial TV3 Malaysia untuk info lanjut.

Rancakkan perbualan di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #vokalmania.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Bulan Madu Mon, 14 Jul 2025
Hiburan Thu, 14 Dec 2023

#SFMM38: “Penggantian Penyanyi Lagu Astana Di Luar Pengetahuan Saya” – Ernie Zakri

Jika perkara ini berterusan, saya dan tiga lagi komposer berhak menarik diri daripada SFMM38 – Ernie Zakri

Hiburan Mon, 9 May 2022
Trending Fri, 3 Jul 2020

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Sehingga Disember

Sabah dan Sarawak juga tidak terkecuali

Hiburan Wed, 25 Jun 2025

Ebit Lew, Ustaz Tido Didakwa Cemar Imej Pendakwah Gara-Gara Pertarungan ‘Gift’ TikTok

Netizen dakwa Ebit Lew, Ustaz Tido guna imej pendakwah untuk keuntungan peribadi

Hiburan Wed, 23 Oct 2024

Ada Peserta ‘Wildcard’? Ini Finalist Ke-6 XTRA XSTAR 2024!

Saksikan Showcase Akhir XTRA XSTAR, pada Jumaat, 25 Oktober 2024, jam 8.30 malam secara langsung di akaun TikTok @xtra_my

Featured Fri, 12 Dec 2025

Dr Fie Gelar Nubhan Gila, Pembantu Rumah Bertindak C*um Bibir Anak Lelaki – “Macam Dia Terpaling Sayang Anak Kita”

Ketegangan antara Dr. Afifah atau lebih mesra dipanggil Dr. Fie dan bekas suaminya yang juga penyanyi Nubhan, kembali menyorot perhatian selepas wanita itu berkongsi hantaran di platform Threads miliknya. Kata Dr. Fie, Nubhan hadir membuat […]

Featured Sat, 17 Dec 2022
Featured Thu, 24 Mar 2022

Pelan Perlindungan Insurans Sehingga RM10,000 Akibat Kematian Isi Rumah – PM

Semoga dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan

error: Content is protected !!