Trending By: Padin November 28, 2023 @ 7:02pm

Walau Ada 1.5 Juta Followers di TikTok, Influencer AZ Pemurah Kekal Sorok Identiti – “Takut Timbul Rasa Riyak, Takbur”

Biarpun sudah beberapa kali menerima asakan untuk mendedahkan identiti, pempengaruh AZ Pemurah lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan.

Menurut AZ Pemurah yang memiliki lebih 1.5 juta pengikut di TikTok, dia lebih senang dengan menyembunyi identiti kerana takut jika perasaan riyak dan takbur mula menguasai diri sendiri kerana suka dengan perhatian ketika melakukan kebajikan.

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri jika timbul pelbagai perasaan takbur dan riyak.

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” katanya.

@azpemurah Ya Allah berikanlah kekuatan utk ku terus melangkah 😭😭#azpemurah #doaaz #tiktokmalaysia #fyp #malaysia ♬ original sound – Az Pemurah 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Dalam pada itu, AZ Pemurah berkata, mereka yang pernah dibantu juga memahami dan menghormati permintaannya untuk tidak menyebarkan wajah serta identitinya.

“Adakala bila saya pergi ke program-program kebajikan, saya tak pakai pelitup muka. Kadang-kadang, terjadi spontan kan. Tetapi mereka tak ambil video atau gambar pun, hormat cara saya.

“Walaupun mungkin ramai yang tertanya-tanya, saya lebih senang begini sahaja. Kalau ada yang nampak wajah saya di luar, saya minta jangan sebar atau muat naik. Alhamdulillah, mereka hormat permintaan saya,” katanya.

@azpemurah Alhamdullilah rezeki mereka 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 #Makkah #fyppppppppppppppppppppppp #azpemurah #umrah #fyp #alhamdullilah #islam ♬ Hasbi Rabbi (Cover) – BEBIRAIRA CHANNEL

Diaju soalan pernahkah dia menerima kecaman lantaran memuat naik video-video kebajikannnya di media sosial, AZ Pemurah berkata, jarang sekali.

“Mungkin daripada 1,000 komen, ada satu yang kecam. Tetapi Alhamdulillah, tidak melampau dan kasar pun.

“Mungkin sebab saya sendiri tidak tunjuk identiti di media, jadi kalau nak cakap mahu perhatian jauh sekali kan. InsyaAllah, saya akan kekal dengan cara begini. Lebih senang,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 26 Jun 2021

i-Sinar 2.0 : Bantuan Yang Wajar Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz hari ini memaklumkan kerajaan akan mengambil tindakan secepat mungkin berikutan isu i-Sinar dan moratorium.  Menerusi laman Facebooknya, beliau berkata kerajaan telah berbincang dengan Perdana Menteri, YAB Tan Sri […]

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
Featured Wed, 30 Nov 2022

Suntik Budaya Silat & Keunikan Bandar Sejarah Melaka, Animasi Popular Mechamato Movie Bakal ‘Gegar’ Pawagam Pada 8  Disember Ini!

MechaBot, Mechanize!!! Jom kita gegarkan panggung wayang tonton Mechamato 8 Disember ni, confirm enjoy sampai habis 🤩

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Featured Tue, 20 Apr 2021

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi. Jenazah Allahyarham […]