Trending By: Salma Syahbuddin December 18, 2018 @ 4:42pm

Wanita Ini Digantung Kerja Kerana Menghina Kematian Allahyarham Mohd Adib

Hari ini seluruh rakyat Malaysia bersedih diatas kehilangan Muhammad Adib Mohd Kassim seorang anggota bomba yang dipukul teruk ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman November lalu. 

Namun, muncul pula seorang gadis yang tampil memberikan komen biadap ke atas kematian anggota bomba sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai dengan menulis “bukan kerajaan yang gagal, Tuhan u yang gagal tak sembuhkan adib.” 

Komen yang melibatkan sensitiviti agama itu lantas mengundang kemarahan netizen dilaman sosial Facebook. 

Selain itu, tampil seorang individu yang dikenali sebagai Chee Kong Tjhin menegur tindakan gadis berkenaan dengan melabel tindakan seperti itu adalah sangat memalukan.

Berikutan kenyataan yang dibuat oleh gadis tersebut, pihak syarikat beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu. 

Apapun, sebagai rakyat Malaysia, jangan lah kita sesekali menyentuh sensitiviti agama lain dek kerana mahu mendapat kanperhatian dan sebagainya. Bak kata pepatah, “kerana mulut, badan binasa” betul tak?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 3 Apr 2023
Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah

Trending Tue, 23 Mar 2021

Setahun Bercerai, Farawahida Selamat Bernikah Dengan Pegawai Kerajaan Di Hari Lahir Ke-36

Selepas setahun bercerai dengan bekas suami, penyanyi Farawahida Razali selamat bernikah dengan lelaki pilihan hatinya, Zulkifli Alias pada 19 Mac lalu. Farawahida diijabkabulkan dengan Zulkifli yang juga pegawai kerajaan di Masjid Daerah Taiping. “Suami saya

Trending Wed, 15 May 2019

Biadap! Remaja Bersikap Kurang Ajar Tolak Motosikal Pak Cik Tua Kini Viral Di Twitter

Kurang ajar! Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada ayah kita sendiri..

#tilljannah Mon, 9 Jan 2023

| Live TV

error: Content is protected !!