Featured By: Fatin Nurain October 31, 2022 @ 1:59pm

Ulas Isu ‘People Pleaser’, Hazeman Huzir Buat Luahan ‘Makan Dalam’

Pengacara dan pempengaruh Hazeman Huzir tampil membuat luahan perasaan mengenai isu ‘people pleaser’ sekali gus meraih perhatian daripada pengikutnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Haze telah menyatakan kesukarannya untuk menjadi seorang yang sentiasa menyenangkan hati orang lain.

Malah, Haze turut menyatakan perkara tersebut mampu menjadi toxic kepada diri sendiri dek kerana sikap orang sekeliling yang suka mengambil kesempatan.

“Memang kita buat baik kena ikhlas. Ini bukan isu ikhlas, ini masalah orang dah ikhlas, tapi si penerima kebaikan tak kenal dek untung.

“Susah tau jadi people pleaser ni. People pleaser tu macam kita buat sesuatu tu untuk memudahkan orang lain. Tapi kadang-kadang benda tu memakan diri tau.

“Aku ni most of the time people pleaser, aku ikut apa kehendak orang lain. Aku yakin ramai je orang yang sama macam aku, people pleaser dan benda tu kadang-kadang jadi toxic tau kepada diri sendiri,” katanya.

Dalam perkongsian tersebut juga, Haze turut meluahkan rasa kesalnya kerana sering berbuat baik dan memudahkan pekerjaan orang sekeliling secara berlebih-lebihan.

“Kadang-kadang kita ni memang lah kita nak permudahkan bicara orang lain. Tapi bila orang tu tahu yang kita ni very accomodating, permudahkan kerja dia dan sebagainya, dorang ni pulak naik lemak, ambil kesempatan.

“Kadang-kadang people pleaser ni tak sedar tau orang ambil kesempatan. Bila kita tak sedar, kadang-kadang yang bagi tahu kita kawan-kawan yang rapat.

“Memang pada mata orang, jadi people pleaser tu baik, orang yang memudahkan kerja orang lain tu baik. Tapi sebenarnya dia tidak baik pada diri sendiri bila benda tu terlalu extreme.

“Dalam Islam pun ada konsep Wasatiah, tak terlalu banyak dan tak terlalu sikit. Kita buat semua benda semua kena ada modesty atau di tengah-tengahnya. Jadi saya sarankan janganlah amalkan jadi people pleaser yang extreme macam saya,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hazeman Huzir (@hazemanhuzir)

Menerusi tinjauan di ruangan komen, luahan ‘makan dalam’ pempengaruh tersebut turut meraih pelbagai respons daripada peminatnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 May 2023

Individu Kritik Puteri Sarah Ambil Gambar Duduk Mencangkung Seperti Ira Kazar, Ini Respons Empunya Badan

Alamakkkk! Fake akaun mana tuuu 👀🤣 Puteri Sarah palingg lawooo 🔥

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Trending Wed, 2 Dec 2020
Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Hiburan Thu, 4 Jan 2024

Ubai MZ Umum Shila Amzah Kini Sedang Hamil

Wahh tahniah Ubai & Shila! Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Tue, 15 May 2018

Gelagat Sajat Bila Shopping Dalam…?

Kalau nak tahu bagaimana Sajat shopping? Jangan lupa saksikan episod kali ni okay.

Hiburan Fri, 6 Mar 2020

Selepas Setahun Tangguh, Kisah Cinta Akim Dan Stacy Diabadikan Menerusi Single Duet “Aku Kau Dan Muzik”

Walaupun berbeza aliran dan fahaman muzik, siapa sangka pasangan cantik Stacy dan Akim berjaya menempatkan diri bukan sahaja sebagai pasangan duet serasi sekali gus mencipta magis tersendiri! Terbaharu, single duet mereka, Aku Kau Dan Muzik Lagu […]

Hiburan Tue, 28 Nov 2017

WAIT, WHO IS 2017’S MISS UNIVERSE?!

Aside from beauty and brains, this gal has got a whole lot of brawn too!