Categories: Trending

Wanita Ini Digantung Kerja Kerana Menghina Kematian Allahyarham Mohd Adib

Hari ini seluruh rakyat Malaysia bersedih diatas kehilangan Muhammad Adib Mohd Kassim seorang anggota bomba yang dipukul teruk ketika insiden di Kuil Sri Mahamariaman November lalu. 

Namun, muncul pula seorang gadis yang tampil memberikan komen biadap ke atas kematian anggota bomba sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai dengan menulis “bukan kerajaan yang gagal, Tuhan u yang gagal tak sembuhkan adib.” 

Komen yang melibatkan sensitiviti agama itu lantas mengundang kemarahan netizen dilaman sosial Facebook. 

Selain itu, tampil seorang individu yang dikenali sebagai Chee Kong Tjhin menegur tindakan gadis berkenaan dengan melabel tindakan seperti itu adalah sangat memalukan.

Berikutan kenyataan yang dibuat oleh gadis tersebut, pihak syarikat beliau telah membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu. 

Apapun, sebagai rakyat Malaysia, jangan lah kita sesekali menyentuh sensitiviti agama lain dek kerana mahu mendapat kanperhatian dan sebagainya. Bak kata pepatah, “kerana mulut, badan binasa” betul tak?

Salma Syahbuddin