Categories: FeaturedSihat

Selama Ini Anda Bersangka Baik Dengan Vitamin, Tetapi Tahukah Anda Kesan Sampingannya?

Kita semua tahu tentang satu nasihat kesihatan ini: makan secara sederhana, makan sayur, bersenam dan ambil vitamin tambahan. Tapi mungkin anda perlu berhenti ambil vitamin untuk badan buat masa sekarang.

Bukti saintifik dari beberapa kajian mengatakan, tak ada bukti kukuh untuk mengesahkan pengambilan vitamin tambahan memberi manfaat berganda kepada tubuh. Bahkan ia dikaitkan dengan gejala kanser jika diamalkan secara berlebihan!

Kajian terbaru menunjukkan beberapa vitamin untuk badan lebih bahaya daripada membawa sebarang kebaikan. Banyak yang dikaitkan dengan peningkatan masalah kesihatan seperti kanser-kanser yang spesifik atau risiko tinggi untuk mendapat batu karang.

Apa yang lebih teruk, walaupun banyak bukti menunjukkan vitamin tambahan tak baik untuk badan, tabiat mengambil vitamin tambahan masih tak berubah.

Foto: Business Recorder

Kesan Sampingan Di Sebalik Pengambilan Vitamin Secara Berlebihan

1. Multivitamin

Multivitamin dikatakan baik untuk kesihatan keseluruhan badan. Vitamin C memperbaiki tindak balas imuninasi, vitamin A melindungi mata anda dan vitamin B buat anda lebih bertenaga.

Walau bagaimanapun, anda mudah untuk dapat nutrisi-nutrisi ini daripada makanan anda. Lebih-lebih lagi, kajian menunjukkan, pengambilan multivitamin yang terlalu banyak adalah bahaya.

Cuba untuk makan makanan seimbang setiap hari kerana ini akan berikan anda keseimbangan nutrisi yang anda perlukan.

2. Antioksida seperti vitamin A, C, E dan beta karotena

Antioksida dikenali untuk melindungi sel dari rosak. Tapi, terlalu banyak antioksida tak baik untuk anda dan dikaitkan dengan kanser-kanser spesifik, menurut kajian.

Sebagai contoh, satu kajian menemui, lelaki yang merokok dan mengambil vitamin A secara rutin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru dari lelaki yang merokok dan tak ambil vitamin.

Cuba untuk ambil beberapa jenis buah (lebih-lebih lagi beri) dan sayur yang tinggi antioksidan.

3. Vitamin C

Sekarang, banyak vitamin tambahan minuman yang dibuat dengan mempromosikan vitamin C. Tapi, kebaikan vitamin C ini hanyalah dibesar-besarkan untuk publisiti.

Kajian membuktikan vitamin C tak terlalu efektif untuk mencegah atau mengubati demam biasa. Malah, terlalu banyak mengambil vitamin C tambahan boleh meningkatkan risiko batu karang.

Cuba untuk makan makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi seperti buah oren, strawberi dan macam-macam lagi sudah mencukupi.

Foto: gettyimages

4. Vitamin B3

Vitamin B3 diberikan pada orang yang ada pelbagai masalah seperti Alzheimer atau sakit jantung. Tapi saintis menggesa anda supaya berhenti.

Dalam satu kajian yang melibatkan lebih 25,000 penyakit jantung, pesakit dirawat dengan dos vitamin B3 untuk meningkatkan kolesterol “bagus”. Tapi, rawatan ini gagal mengurangkan serangan jantung, strok dan maut.

Pesakit juga mempunyai peluang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan seperti masalah hati dan pendarahan dalaman. Cuba makan makanan yang tinggi vitamin B3 seperti salmon dan tuna.

5. Probiotik

Probiotik mengandungi bakteria yang bukan saja mahal, tapi ia boleh didapati secara semula jadi dari yogurt dan makanan yang dijeruk.

Vitamin untuk badan ini dikatakan boleh membantu bakteria dalam usus yang kritikal untuk kesihatan manusia menurut saintis. Tapi, belum ada bukti menunjukkan pil probiotik benar-benar mujarab.

Apa kata anda makan yogurt saja? Ia lebih murah dan mempunyai kandungan yang sama.

6. Vitamin E

Vitamin E telah dipasarkan kerana kebaikannya yang boleh melindungi diri dari kanser. Tapi kajian pada 2011 menemui yang vitamin E meningkatkan risiko kanser prostat.

Jadi, anda tak perlu ambil vitamin tambahan, hanya makan sayur hijau gelap yang tinggi vitamin E seperti bayam.

Sumber: The Asian Parent

Yanie Baharom