Categories: Trending

“Ya Allah, Kenit Lapar, Kenit Nak Makan Nasi” – Peminat Tertanya Mana Kelibat Puteri Rafasya Dalam 7 Hari Mencintaiku 3? Ini Jawapan Empunya Badan…

Penangan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku terbitan penerbit prolifik, Siti Rosmizah memang tak boleh disangkal lagi.

Bukan sahaja watak utama yang digalas Shukri Yahaya dan Siti Saleha menjadi buah mulut orang ramai, malah watak pembantu turut sama diangkat dan diingati oleh penonton dan wargamaya.

Watak Kenit yang dijayakan oleh Puteri Rafasya dalam musim sebelum ini turut menjadi tempias perhatian peminat setia drama terbabit.

Dipuji kerana lakonannya yang meruntun jiwa, petikan dialog “Ya Allah, Kenit lapar… Kenit nak makan nasi tapi Kak Long tak bagi guna duit ni..” menjadi tular di TikTok dan laman sosial sebelum ini.

Namun begitu, kelibat Kenit yang dijayakan oleh Puteri tidak kelihatan di musim ketiga drama bersiri ini dan digantikan oleh pelakon cilik lain.

@syedizzakil Sedutan Episode 3 Drama 7 Hari Mencintaiku 3 #7harimencintaiku3 #karya #sitirosmizah #tv3 #tv3malaysia #dramasangat #fyp #fy #foru #virall #dramatiktok #viraltiktok #fypシ゚viral #trend #trending ♬ original sound – Syed Muhamad Izzudin

Perkara ini menimbulkan tanda soal peminat setia siri drama ini dan ramai peminat tertanya mengapa Kenit digantikan oleh pelakon lain.

Menerusi salah sebuah hantaran di Instagram Puteri, pelakon cilik ini merungkai persoalan yang bermain di fikiran orang ramai.

“Ramai DM, tak kurang juga yang menghubungi mommy Puteri melalui WhatsApp dan juga menerusi panggilan telefon, bertanya mana Puteri dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3.

“Sebenarnya jadual penggambaran Puteri berlanggar dan tidak mengizinkan Puteri untuk mengambil tawaran dari Auntie @sitirosmizahsemail @sronesdnbhd untuk meneruskan watak KENIT musim ke-3,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Puteri tetap menyeru agar peminat drama bersiri itu tetap menyokong musim terbaharu 7 Hari Mencintaiku ini.

“Walaupun kali ini Puteri tidak dapat bersama family 7 Hari Mencintaiku 3, Puteri sentiasa sayang dan menyokong semua yang terlibat dalam naskhah hebat ini. Jangan lupa ya semua untuk menonton dan terus menyokong 7 Hari Mencintaiku 3,” jelasnya lagi.

Difahamkan, Puteri tidak dapat menjayakan watak Kenit kerana sibuk di set penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan 7 Hari Mencintaiku 3 setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.58 petang di TV3!Penangan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku terbitan penerbit prolifik, Siti Rosmizah memang tak boleh disangkal lagi.

Bukan sahaja watak utama yang digalas Shukri Yahaya dan Siti Saleha menjadi buah mulut orang ramai, malah watak pembantu turut sama diangkat dan diingati oleh penonton dan wargamaya.

Watak Kenit yang dijayakan oleh Puteri Rafasya dalam musim sebelum ini turut menjadi tempias perhatian peminat setia drama terbabit.

Dipuji kerana lakonannya yang meruntun jiwa, petikan dialog “Ya Allah, Kenit lapar… Kenit nak makan nasi tapi Kak Long tak bagi guna duit ni..” menjadi tular di TikTok dan laman sosial sebelum ini.

Namun begitu, kelibat Kenit yang dijayakan oleh Puteri tidak kelihatan di musim ketiga drama bersiri ini dan digantikan oleh pelakon cilik lain.

Perkara ini menimbulkan tanda soal peminat setia siri drama ini dan ramai peminat tertanya mengapa Kenit digantikan oleh pelakon lain.

Menerusi salah sebuah hantaran di Instagram Puteri, pelakon cilik ini merungkai persoalan yang bermain di fikiran orang ramai.

“Ramai DM, tak kurang juga yang menghubungi mommy Puteri melalui WhatsApp dan juga menerusi panggilan telefon, bertanya mana Puteri dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3.

“Sebenarnya jadual penggambaran Puteri berlanggar dan tidak mengizinkan Puteri untuk mengambil tawaran dari Auntie @sitirosmizahsemail @sronesdnbhd untuk meneruskan watak KENIT musim ke-3,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Puteri tetap menyeru agar peminat drama bersiri itu tetap menyokong musim terbaharu 7 Hari Mencintaiku ini.

“Walaupun kali ini Puteri tidak dapat bersama family 7 Hari Mencintaiku 3, Puteri sentiasa sayang dan menyokong semua yang terlibat dalam naskhah hebat ini. Jangan lupa ya semua untuk menonton dan terus menyokong 7 Hari Mencintaiku 3,” jelasnya lagi.

Difahamkan, Puteri tidak dapat menjayakan watak Kenit kerana sibuk di set penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan 7 Hari Mencintaiku 3 setiap Isnin hingga Ahad, jam 6.58 petang di TV3!

Padin