Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 1, 2021 @ 5:33pm

Zara Zya Nak Bantu Golongan Rider

Pelakon Zara Zya merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan penghantar makanan atau ‘rider’.

Aktif melakukan kerja kebajikan, aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat berkenaan.

“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.

“Namun saya berasakan lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” katanya.

Menurut pelakon drama bersiri Love You Mr Arrogant ini, golongan penghantar makanan juga menjadi ‘frontliners’ atau pekerja barisan hadapan selama ini demi perut pelanggan ketika zaman pandemik COVID-19.

“Mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko, jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu untuk golongan ini. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada golongan berkenaan.

“Saya sendiri antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang mereka perlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.

“Daripada situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran. Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya.

Sebagai permulaan, aktres yang mencetuskan fenomena menerusi drama bersiri Pia ini akan meletakkan pek sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam.

“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak. Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya.

Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan ke Instagram @malaysia.prihatin atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 May 2026

Dahlia Rizal Perjelas Status Hubungan Dengan Isteri Radin – “Dia Adalah Kakak Dari Ibu & Ayah Yang Berlainan”

Dahlia Rizal tampil menjawab persoalan yang timbul mengenai status hubungannya bersama isteri kepada penyampai radio, Radin iaitu Nur Amirah Shamsulbahrin.

Featured Wed, 26 Jul 2023
Featured Thu, 16 Dec 2021

Buli Junior Sehingga Bengkak Rusuk, 5 Pelajar Lelaki Ditahan

Polis telah menahan lima remaja lelaki berumur 16 tahun di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan daerah Johor Bahru kerana mereka dipercayai terlibat dalam kes buli seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Daerah Muar […]

Featured Fri, 18 Aug 2023

[VIDEO] Dikritik Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Ini Respons Padu Isteri Azlan Komeng – “Sampai Bila Wanita Nak Dib*dohkan?”

Perghh, pedas dan padu respons isteri Azlan Komeng ni 🥵 Min respect! Isteri yang sangat kuat

Hiburan Wed, 1 Jun 2022
Hiburan Mon, 17 Feb 2025
Hiburan Sun, 19 Sep 2021

“Ingatkan Keluar Lagu Baru, Rupanya…” – Didakwa Scam Peminat, Ini Penjelasan Aina Abdul

Penyanyi Aina Abdul tampil dengan single terbaharu yang diberi judul Aina Abdul. Menariknya, Aina Abdul merupakan gabungan tiga lagu balada popular Aina iaitu Sumpah, Semalam dan Sepi. “Tiga lagu ini digabungkan kerana emosinya yang saling […]

error: Content is protected !!