Euforia Bola 2026
Trending By: Padin February 19, 2022 @ 5:53pm

“Tuduhan Melampau & Tak Berasas, Saya Percaya Dilakukan Untuk…”- Jawab Tuduhan Gangguan Seksual, Ini Respons Ebit Lew

Pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew mendakwa pertuduhan gangguan seksual yang dikenakan terhadapnya adalah melampau dan tidak berasas.

Selain bertujuan mahu menjatuhkan kredibilitinya, Ebit juga mendakwa pertuduhan yang dihadapi di mahkamah pada Jumaat adalah dirancang oleh kumpulan tertentu sejak sekian lama.

“Saya melihat pertuduhan ini satu pertuduhan yang tidak berasas, melampau dan memang tujuan utamanya saya nampak untuk menjatuhkan kredibiliti saya dan supaya saya nampak saya dihina, direndahkan dan supaya saya menghentikan kerja-kerja membantu.

“Saya percaya ia dilakukan oleh satu kumpulan yang merancang bukan satu dua hari untuk mengenakan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa 11 Pertuduhan Berkaitan Gangguan Seksual, Ustaz Ebit Lew Mengakui Tidak Bersalah

Ebit juga terkejut apabila mengetahui akan berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah ketika sedang melakukan kerja amal di negeri ini.

“Saya tahu beberapa hari lalu, saya pun terkejut juga masih dalam sedang melakukan kerja amal di Sabah 40 hari. Tiba-tiba saya dapat tahu terkejut juga kerana bukan perancangan untuk ke mahkamah, tidak ada.

“Tetapi saya tak rasa apa sebab saya tahu saya tidak bersalah dan saya yakin ini perancangan ramai orang dari dulu lagi macam-macam gangguan terhadap kerja amal.

“Saya reda dan saya anggap ini ujian daripada Allah untuk saya. Saya rasa tenang melaluinya kena pula kita tengah buat kerja amal,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 May 2018

Suspek Kes Bunuh Nur Alya Ditahan

Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya…

Featured Wed, 30 Jul 2025

Netizen Sebak! Uyaina Arshad Ucap Selamat Tinggal Selepas 9 Tahun Bersama Program WHI

Uyaina memakkumkan keputusan itu adalah daripada dirinya sendiri.

Trending Mon, 9 Jul 2018

Kuala Lumpur’s Homeless People Receive New Life by Becoming Tour Guides

It’s a good opportunity to reduce the amount of homeless people living on the streets.

Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

Trending Mon, 22 Aug 2022

“Muka Mommy Dia” – Genap Sebulan, Ayie Floor 88 Kongsi Wajah Puteri Sulung

Menyambut kelahiran puteri sulung pada bulan lalu, Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie dan isteri kini berkongsi wajah anak pertama selepas sebulan dilahirkan. Menerusi perkongsian di laman Instagram, bayi sulung itu diberi nama Nayla Amanda Binti […]

error: Content is protected !!