Hiburan By: Del14 December 12, 2019 @ 10:30am

Elly Mazlein Menangis, Bakal Suami Hadiahkan…

Penyanyi dan pengacara Mentor Milenia 2019, Elly Mazlein tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata kerana begitu terharu apabila bakal suami yang dikenali dengan nama Azlan, menghadiahkan sebuah kondominium menjelang hari pertunangan mereka. 

Perkara ini dikongsikan oleh Elly atau nama sebenarnya  Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi (39) di dalam sebuah entri di akaun instagramnya dan di dalam video berkenaan, Elly telah   bertanya kepada bakal suaminya yang mesra dipanggil ‘Papa’, “Rumah ini untuk siapa?” dan Azlan menjawab “Untuk kitalah. Untuk kita dah keluarga kita…”

Walau bagaimanapun, memetik laporan BH Online, Elly masih belum membuat keputusan sama ada mahu tinggal di kediaman tersebut selepas berkahwin nanti atau sebaliknya. 

“Alhamdullillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.  Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.

“Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia.  Dia menjadikan saya wanita paling bahagian dengan kehadirannya. 

“Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan di dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya. 

“Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap.  Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat,” katanya kepada BH Online. 

Majlis pertunangan penyanyi lagu Bakawali yang juga mesra disapa Kak Lina Pom Pom oleh peminat-peminatnya  dikatakan akan berlangsung pada waktu terdekat dan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti yang dikongsi di akaun instagramnya baru-baru ini. 

 
 
 
View this post on Instagram

Tq #PWTC @putraworldtradecentre ❤❤❤ #foodtesting #AzlanEllyEngagement #engagement @rekateemor . InsyaAllah utk majlis Bertunang & PC kakak lina pilih #PWTC sebagai tempat hari bersejarah En Azlan & Kakak lina . Nak tau bila tarikhnya ??? . Akn kakak lina umumkan bila2 masa di YouTube Channel #DuniaEllyMazlein . Pastikan anda diantara yg terawal tahu bilakah tarikhnya . Kakak lina nak bagi hadiah kpd 5 org yg bertuah DuitTunai RM200 Setiap Seorang .. mungkin lbih dari 5 org .. bole jd 10 ke 20 org???..bole la tambah2 mana yg patut bli brg sekolah anak yeayyyyyy ???? . Caranya mudah .. pastikan anda subscribe YouTube Channel #DuniaEllyMazlein sekarang ya agitchuuuuuu . Muahhhhh ????

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

“Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sedikit masa lagi,” tambah Elly.

Namun demikian, Elly belum mengumumkan tarikh pertunangannya dan berkata tarikh pertunangan akan diumumkan menerusi saluran YouTube, Dunia Elly Mazlein tidak lama lagi.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Sara Sefhia (3 tahun). Mereka berpisah pada 15 Oktober, 2015.

Elly mengenali bakal suami yang berasal dari Kelantan sejak Ogos tahun lepas dan majlis merisik telah dilangsungkan pada  20 Oktober yang lalu. 

Baca: Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Baca: Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 12 May 2023
Selebriti Mon, 15 Feb 2021
Anugerah Mon, 6 Feb 2023

AJL 37: Mahu Penonton ‘Sengsara’, Khai Bahar Bakal Tonjolkan Elemen Seram Dalam Persembahan?

Alamak! Seram dengar.. Jangan lupa Tengok AJL37 12 februari depan

Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Hiburan Fri, 29 Nov 2019

“Berilah Kepercayaan Kepada Kami Untuk…” – Hans Isaac

Masih baru memegang pucuk pimpinan, bagilah peluang ok?

Events Fri, 9 Aug 2019

筹备三年!黄彩菱首发EP勇闯华语乐坛

从小受英语教育的Natalia黄彩菱努力筹备了三年,终於正式推出首张个人EP 《I Dare You To》勇闯华语乐坛。