Hiburan By: SGMS Faida December 7, 2019 @ 9:27am

Kembali Ke Set, Izara Aishah Letak Syarat?

Meskipun diberi keizinan untuk terus berlakon, Izara Aishah mengaku tahu menjaga batas dalam setiap watak yang digalas.

Izara yang muncul dalam Ombak Rindu The Series memberitahu dia tidak mahu melakonkan babak romantis berlebihan dengan hero, Remy Ishak

“Saya perlu jaga hati suami dan keluarga. Itu syarat saya sebelum bersetuju membawa watak Izzah.

“Memang ada adegan romantis melibatkan watak Hariz lakonan Remy dan saya pula sebagai isterinya membawa watak Izzah.

“Saya memaklumkan kepada pengarah, Abang Osman dan dia sangat faham tentang hal ini,” katanya.

Untuk rekod, Izara berkahwin dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Adib Khalid pada 17 November 2017 selepas tiga tahun bercinta.

Ombak Rindu The Series arahan Osman Ali turut membariskan pelakon Datin Diana Danielle, Uqasha Senrose, Hanna Aqeela, Corrie Lee dan ramai lagi.

Oleh: Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Wed, 13 Feb 2019

Mimi Gementar Jadi Artis Naungan Pertama Siti Nordiana

Pelajar jurusan Multimedia di Universiti Kuala Lumpur merupakan antara tiga peserta uji bakat yang dipilih oleh Siti Nordiana.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019
Featured Fri, 7 Oct 2022

Gara-Gara Tampil Berpakaian Seksi, Azira Shafinaz Sering Terima Gelaran ‘Kurang Manis’ – “Saya Pun Ada Hati Dan Perasaan Juga”

Jangan kecam gaisss… orang tu tengah pelan-pelan berubah. kita sokong dan doakan okay!

Cahaya Mata Sat, 26 Nov 2022

Ciuman Ayah Buat Anak Dalam Kandungan, Comelnya Aksi Azzam Sham & Sheryl Shazwanie!

Pasangan penyanyi, Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. @sherylshazwanie💋👶🏻🤍♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto Tular sebuah video yang dimuat naik oleh Sheryl di laman TikTok, memaparkan […]

LIFESTYLE Fri, 23 Mar 2018

Hey Potterheads, a Harry Potter-Themed Cruise is Coming!

Get your robes, wands and brooms ready, wizards and witches.