Hiburan By: SGMS Enal July 18, 2019 @ 12:00pm

Zul Ariffin Tegur Pelakon ‘Berkira’

Ketika segelintir pelakon membangkitkan isu mengenai bayaran untuk mempromosikan drama dan filem di media sosial, Zul Ariffin pula berpendapat sebaliknya.

Dia yang masih laris dengan pelbagai tawaran drama dan filem, bersedia mempromosikan produksi yang dibintanginya secara ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang imbuhan.

Melihatnya sebagai medium untuk menguar-uarkan hasil kerjanya kepada umum, Zul berkata, dia tidak sesekali berkira apabila diminta mempromosikan filem atau drama lakonannya di media sosial, terutama Instagram.

“Menerusi produk yang ditayangkan, peminat akan menyedari hasil kerja kita. Jadi, mengapa perlu berkira kerana nanti kita juga akan mendapat manfaatnya?

“Lagipun, sekarang banyak medium yang ada untuk mempromosikan produk dengan lebih cepat dan berkesan. Saya juga tidak kisah jika diminta turun padang, malah berbesar hati menerima peluang itu,” katanya.

Melihat usaha itu sebagai cara untuk terus mendekatkan diri dengan peminat, Zul turut menegur sikap segelintir pelakon yang hanya memikirkan keuntungan peribadi.

“Saya tahu ada pelakon yang berkira jika diminta mempromosikan lakonan mereka di Instagram. Mengapa terlalu berkira, sedangkan mereka juga terbabit dalam produksi yang mahu dipromosikan itu,” katanya ketika ditemui pada sidang media filem Sangkar.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Titian Cinta itu berkata, dia juga melihat perkara itu sebagai cara untuk menjaga hubungan jangka panjang dengan pihak produksi dan stesen televisyen.

“Apa yang kita buat diperhatikan. Kalau terlalu berkira, mungkin produksi berat hati untuk memberikan tawaran baharu. Kita perlu menjaga hubungan, terutama dengan syarikat produksi besar.

“Jika drama lakonan mendapat sambutan, pelakon juga yang akan untung apabila menerima pelbagai tawaran baharu,” katanya.

Kredit: Berita Harian Online. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Aug 2022
Hiburan Sat, 13 Jan 2024
Featured Sat, 17 Sep 2022
Hiburan Mon, 9 Apr 2018

Buang Lemak! Sherry Al- Hadad Diberi Amaran

Mana taknya, dahulu sahaja berat Sherry sudah mencecah sebanyak 119 kilogram dan selepas tiga bulan Sherry sudah berjaya menurunkan berat badannya sehingga 108 kilogram. Namun, menurut Sherry sasarannya adalah untuk menurunkan berat sehingga bawah 100 kilogram dalam masa dua bulan sahaja lagi. Wow!

Hiburan Wed, 28 Jun 2023

Osama Yamani Sertai Band Rock Ages, Serius Jadi Gitaris

Wahh berbakat Osama ni! Menyanyi boleh main gitar pun boleh

Hiburan Mon, 12 Mar 2018

Ironinya judul lagu album ‘Puncak Kasih” Ziana Zain!

“I’m strong (saya kuat). Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ (teruskan hidup) dan teruskan kerjaya.” Katanya

Hiburan Mon, 11 Feb 2019

Mengaku Rindu Konti, Shuib Mahu Buat Comeback?

Shuib turut mempersoalkan sama ada kemunculannya masih relevan lagi atau sebaliknya.