Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi November 11, 2025 @ 12:42pm

Tyra Kamaruzzaman Berang Ibu Mengandung Sanggup Ambil Produk Semata Mahu Anak Kulit Putih – “Genetik Mak Ayah Tentukan Rupa!”

Pempengaruh dan usahawan, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa berang dan kesal terhadap segelintir wanita hamil yang mengambil produk minuman dipercayai boleh membuatkan bayi dalam kandungan mereka ‘putih’.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman, 25, menyifatkan tindakan tersebut sangat tidak wajar, seolah-olah mereka ‘taksub’ mahu anak-anak berkulit putih.

“Tengah layan TikTok, tiba-tiba lalu iklan produk. ‘Saya minum masa mengandung, baby keluar putih melepak!’ ‘Siapa nak anak putih minum lah susu ni.’

“Parah betul taksub nak kulit cerah ni sampaikan ibu mengandung sanggup telan apa saja produk janji anak keluar ‘putih’. Biar betul?

“Ada susu boleh buat ‘baby putih’? Habis tu genetik nak letak mana? Gila betul,” katanya.

Dalam masa sama, ibu anak satu ini berpendapat minuman susu tersebut tiada manfaat untuk memutihkan anak, sebaliknya menegaskan bayi dalam kandungan akan mengikut genetik ibu bapa.

“Genetik mak ayah tu yang tentukan rupa anak. Bukannya produk beli kat TikTok yang ‘ajaib’ sangat boleh tukar warna kulit baby,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Tyra mengenai sesetengah individu yang terlalu taksub mahu kulit putih.

Terdahulu, Tyra pernah mempersoalkan tindakan seorang individu yang menyentuh isu warna kulit anaknya dikatakan tidak putih gebu seperti bayi milik selebriti yang tidak dinamakan.

Artikel Berkaitan: Tyra Kamaruzzaman Tegur Tindakan Individu Bandingkan Warna Kulit Anak – “Tak Macam Baby Artis Tu, Putih Gebu..”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Apr 2024

Penuhi Hasrat Ibu, Sherry Alhadad Beraya Seminggu Di Kuching

Bestnya beraya kat kampung halaman! Sherry raya Sarawak, korang raya mana? 🥰

Trending Sat, 13 Feb 2021

“Sebelum Ni Kan Selalu Happy Je” – Kaka Azraff Throwback Kenangan Putus Cinta Gara-Gara…

Penyanyi Kaka Azraff mendedahkan dia mengimbas kenangan pahit sewaktu bercinta untuk menjiwai lagu duet terbarunya yang berjudul Karma. Gabungan Kaka bersama bintang Brunei yang popular di Indonesia, Jaz kian mendapat perhatian ramai kerana lagu itu […]

Hiburan Mon, 13 Apr 2026

Video Duduk Atas Pangku Bapa Dikritik Terlalu Mesra, Ameera Khan Tegur Netizen – “Fikiran Kalian Yang Bermasalah”

Tidak berdiam diri, adik kepada Noor Neelofa itu tampil membidas komen negatif yang disifatkan sebagai pelik dan tidak masuk akal.

Featured Mon, 29 Jan 2024
Featured Thu, 15 Dec 2022
Hiburan Fri, 15 Feb 2019

Senarai Pemenang Ola Bola The Musical 2? Jom Semak Nama Korang!

Tahniah diucapkan buat semua pemenang Tiket Ola Bola The Musical 2!

error: Content is protected !!