Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 26, 2025 @ 2:44pm

Tyra Kamaruzzaman Tepis Tuduhan Nak Duit ‘Royalti’ Isu Kain Samping Diciplak – “Kami Tak Hamak Duit Orang Lain”

Pempengaruh terkenal, Tyra Kamaruzzaman menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya dan suami, Emran Rijal sengaja menghebohkan isu meniru kain samping semata-mata mahu mendapat duit ‘royalti’ daripada pihak Elrah Exclusive.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknya, Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman menjelaskan kehidupan mereka sekeluarga sangat selesa.

“Pada yang cakap kita nak ‘ride’ isu ini sebab nak duit royalti dari ‘si dia’ itu. Saya tahu yang saya tak tunjuk ‘lifestyle’ saya dan tak pernah tunjuk apa yang saya ada tapi kita tak hamak duit orang lain.

“Saya hidup cukup selesa, tak perlu nak dapat duit dari pihak sana untuk hidup mewah mewah sangat. Ramai yang cakap sebab suami dan saya tak berkemampuan, sebab itu kita buat posting untuk ‘viral’,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Tyra turut berkongsi pesanan bapanya yang menjadi pedoman hidupnya untuk mencari rezeki yang berkat serta tidak menganiaya mana-mana pihak.

“Tak tahu ukuran kemampuan itu diukur dengan cara apa tetapi ayah saya selalu pesan, biar kita tak kaya janji rezeki yang kita ada dan dapat dari rezeki yang berkat dan bukan hasil aniaya siapa-siapa,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, Tyra mendakwa jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive meniru reka bentuk kain samping motif keris yang dikatakan rekaan turun-temurun milik suaminya, Emran Rijal.

Namun begitu, pengasas Elrah iaitu El Azman menepis tuduhan tersebut sekeras-kerasnya sekali gus menjelaskan motif keris itu adalah hak milik warisan budaya Melayu.

Artikel Berkaitan: Dakwa Rekaan Samping Hak Milik Suami Diciplak, Tyra Kamaruzzaman Dedah Bukti El Azman Cuba Mengelat?

Artikel Berkaitan: Nafi Tiru Rekaan Samping Motif Keris, Elrah Exclusive Tak Teragak Ambil Tindakan Undang-Undang 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Apr 2018

Satu Maut, Enjin pesawat Southwest Airlines Meletup

Ada sesuatu yang tidak kena dengan pesawat! Ia sedang menjunam! Enjin meletup ketika di udara dan menerbangkan tingkap sejauh tiga kerusi dari saya. Letupan menyebabkan seorang wanita yang duduk berhampiran tingkap cedera parah.

Featured Sat, 27 Dec 2025

“Saya Ambil Dari Sudut Positif” – Siti Nurhaliza Hargai Adab Peminat, Anggap Reaksi Spontan Itu Normal

Menurut Siti, dunia media sosial sememangnya bergerak pantas dan kebanyakan perkara berlaku secara spontan.

Trending Sat, 24 Oct 2020
Featured Wed, 29 May 2024
Selebriti Tue, 20 Feb 2024
Featured Fri, 13 Jun 2025

Serah Jodoh Pada Anak-Anak, Azhar Sulaiman Tak Kisah Jika Leona Hidup Bermadu – “Saya Tak Nak Orang Kaya, Cuma Nak Yang Boleh Jaga Mereka”

Azhar berkata, dia tidak kisah dengan pilihan anak-anaknya, malah terbuka sekiranya Kasih Iris Leona ditakdirkan hidup  bermadu.

error: Content is protected !!