Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin March 22, 2018 @ 3:21am

Ude Sah Cerai Intan Talak Satu

Akhirnya, sah lah sudah perceraian antara Intan Liana dan Ude Wahid apabila Ude atau nama penuhnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30 melafazkan talak satu terhadap Intan, 33 pada jam 9.50 pagi tadi. 

Lafaz tersebut dibuat dihadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin dan Mahkamah turut memerintahkan Intan Liana menjalani tempoh iddah selama tiga bulan. 

Suasana tenang dan pilu itu turut dirasai oleh semua yang hadir apabila intan dilihat menitiskan air mata ketika Hakim Mahkamah Syarie memerintahkan pasangan ini bersalaman dan sejurus sahaja lafaz cerai disebut oleh pemuzik bebas ini. 

 

Intan yang berada dalam keadaan sebak itu dilihat melangkah keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Sri Keramat berkata beliau redha dengan ketentuan Allah.

“Saya redha dengan takdir yang Allah tentukan, sampai sini saja jodoh kami” Katanya.

Bagaimanapun, Ude telah memfailkan perceraian pada November lalu. Dan, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1.

Kontroversi ini mula timbul apabila pelakon, Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
Featured Sun, 29 Jun 2025

Shatirah Amanda Tampil Dengan Karya Peribadi, Tonjol Vokal Unik Dalam ‘Kasih Tersayang’

Menjelang usia kematangan 25 tahun, penyanyi dan pelakon muda berbakat, Shatirah Amanda, tampil dengan sebuah karya peribadi penuh makna berjudul’Kasih Tersayang’ . Lagu ini bukan sahaja menyerlahkan sisi vokal lembut dan bertenaga Amanda, malah memperlihatkan […]

Featured Sat, 22 Oct 2022
Events Wed, 12 Sep 2018

CJ WOW SHOP Raih 1 Juta Pelanggannya Dengan WOW In A Million

Berita baik buat semua pembeli CJ WOW SHOP!pihak mereka akan memberikan ganjaran bernilai RM 20 untuk pembelian seterusnya melalui platform e-dagang CJ WOW SHOP bermula 1 hingga 30 September 2018

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Buka Syarikat Sendiri, Zamani Kini Di Bawah Pengurusan ZIME Production

Zamani menegaskan tidak melantik mana-mana pihak lain untuk mencetak atau menjual produk yang menggunakan namanya.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Alycia 323 办「我不完美」音乐会

去年12月推出第二张专辑的Alycia,将敲定于3月23日举办《我不完美》音乐会。

Events Tue, 16 Oct 2018

Kyoto Protocal to Tour Entire Malaysia and Tickets are FREE!

It’s just for their #MilikKita Tour.

error: Content is protected !!