Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 19, 2021 @ 7:01pm

“Umrah Masa Tu Rasa Luar Biasa, Penuh Ketenangan..” – Fazura Luah Perasaan Rindu

Pelakon jelita, Nur Fazura menzahirkan kesayuan dan kerinduannya saat  mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fazura sempat memuat naik beberapa keping gambar lama saat dia berada di tanah suci .

“Siapa rasa rindu ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah? Bila teringat (rindu), saya akan tengok gambar dan mendengar talbiyah. Rasa sayu sangat hati ini,” tulisnya dalam Instagram.

“Teringin sampai masa nanti jika diizinkan Allah SWT untuk menunaikan haji pula. Doa di kesempatan ini, moga saya dapat memperbaiki lagi diri.

“Amalan, akhlak dan segala niat dalam diri. Saya berdoa juga kepada semua yang belum berkesempatan (menunaikan umrah dan haji), supaya dipermudahkan urusan ke Tanah Suci. InshaAllah semoga dipermudahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fazura mengakui berasa cukup tenang dan luar biasa saat mengerjakan umrah pada ketika itu.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respons positif daripada peminat yang turut berkongsi perasaan sama dan mendoakan agar mereka juga diberi peluang untuk melawat ke tanah suci Makkah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jun 2026

“Dulu Saya Terlalu Naif, Banyak Buat Silap” – Fathia Latiff

Fathia turut meluahkan harapan agar kehidupannya akan terus berubah ke arah yang lebih baik.

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

Kucing Kakak Sophia Albarakbah ‘Catwalk’ Pentas Akhir Cat Fashion Week

Chibbu kucing kakak Sophia Albarakbah ke pentas akhir Cat Fashion Week

Featured Sat, 18 Sep 2021
Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Stesen TV Tak Beri Bayaran Cecah Puluhan Ribu, Pendakwah Bebas Terkenal ‘Mati Akal’

Adoi, kerja dah buat tapi bayaran belum dapat.. Cecah sampai puluhan ribu tu 😰😰

Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Featured Sat, 9 May 2026

“Masa Nak Dialog Kalahkan Drama Samarinda, Bila Dah Transfer Dia Ghost Kita” – Sheila Rusly Kesal Diperguna Peminjam Duit

Sheila Rusly meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir individu yang gemar meminjam wang namun menghilangkan diri selepas menerima bantuan.

error: Content is protected !!