Categories: Uncategorized

Keluarga Ini Bersenam Bersama Selama 6 Bulan, Hasil Transformasi Mereka Memang Mengagumkan

Kadang-kadang bersenam dan berdiet beramai-ramai bersama rakan ataupun keluarga lebih menyeronokkan. Bukan apa, masing-masing saling memberi semangat dan bantu antara satu sama lain. 

Itulah yang dilakukan oleh Jesse Ding, isteri, dan ibu bapanya yang berasal dari Fujian, China. Kejayaan mereka ini memang patut dicontohi!

Keluarga Ding telah kuruskan badan dengan bersungguh-sungguh sejak tahun lepas dan tak lupa untuk mendokumenkan setiap perubahan bentuk badan mereka dari semasa ke semasa. 

Gambar sebelum dan selepas keluarga mereka telah dimuatnaik di Instagram Jesse dan hasil kerja keras mereka memang awesome! 

Foto: Instagram XY Jesse

Amazing, kan?

Jesse berkata dia mula terfikir untuk mengubah rutin kesihatan keluarganya ketika ibu bapanya datang untuk tinggal sekali dengannya ketika isterinya hamil.

“Apabila bisnes ayah gagal, dia menjadi tertekan dan tahap kesihatannya terus merosot. Sedih saya melihatnya,” kata Jesse kepada Insider.

Dengan harapan untuk ayahnya kembali sihat, dia mengajak ayahnya untuk bersenam. Jesse juga menambah berat badannya sebanyak 10kg (dengan sengaja tau!) supaya mereka boleh melalui transformasi ini sama-sama. Wah, baiknya dia!

Foto: Instagram XY Jesse

Foto: Instagram XY Jesse

Jesse mula-mula mengajak ayahnya untuk mulakan rutin senaman dengan speed-walking, tapi lama-kelamaan, ayah Jesse mahu bersenam sendiri.

Anak-beranak ini kemudian mula berlari dan mengangkat berat di gym untuk menambah muscle. Mereka mencatat perubahan berat dan ebntuk badan mereka setiap 10 hari, dan setelah melihat perubahan ini, ibu Jesse pun nak join sekali.

Foto: Instagram XY Jesse

Foto: Instagram XY Jesse

Jesse berkata pengalaman menguruskan badan ini berbeza dari cara biasa kerana mereka boleh bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan sokongan.

“Dengan adanya sokongan ini, anda akan rasa lagi bersemangat untuk teruskan perjuangan.”

Gambar-gambar transformasi Jesse dan keluarganya di dalam Instagram telah mendapat banyak pujian. Ramai yang berkata keluarga Ding memberi inspirasi kepada mereka untuk bertukar kepada cara hidup yang lebih sihat.

Sepatutnya cabaran ini hanya untuk Mac hingga ke September tahun lepas sahaja tetapi Jesse dan keluarganya ingin kekal dengan gaya hidup sihat. 

Foto: Instagram XY Jesse

Yelah, dah penat-penat dapatkan bentuk badan yang fit macam ini takkan nak sia-siakan pula.

Bila ada kemahuan, di situ ada jalan!

Sumber: Insider

Ad Ops

Share
Published by
Ad Ops