Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi July 20, 2022 @ 5:08pm

[VIDEO] “Ego & Sombong Diri!” – Netizen Berang Pesara TLDM Tampar Kepala Jemaah Lain Gara-Gara Salam Tak Pandang Muka

Heboh di ruangan media sosial mengenai sebuah video yang tular memaparkan seorang lelaki bertindak menampar kepala jemaah lain kerana didakwa bersikap kurang ajar. 

Video yang berdurasi 37 saat itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap tindakan individu tersebut sangat tidak wajar. 

Memetik laporan Harian Metro, individu tersebut merupakan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 46 tahun bertindak menampar mangsa yang juga anggota TLDM kerana tidak memandang wajahnya semasa bersalaman. 

Kejadian tersebut berlaku di Masjid An-Nur TLDM Lumut, Perak selepas selesai solat Asar pada 5.10 petang. 

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata mangsa mengalami cedera di bahagian belakang kepala dan telinga. 

“Selepas selesai solat, mangsa bersalaman dengan suspek yang tidak dikenali sebelum suspek tiba-tiba menampar belakang kepala mangsa dengan kuat hingga terkena telinga kanannya,” ujarnya. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@tontonmy)

Tinjauan di ruangan komen hantaran video tular di Facebook mendapati ramai dalam kalangan netizen meluahkan perasaan amarah mereka terhadap sikap panas baran pesara TLDM tersebut. 

Rata-rata daripada mereka berkata pesara berkenaan seakan tidak menghormati Masjid kerana bersikap seperti orang ‘tiada’ agama akibat perkara remeh itu. 

Ada juga dalam kalangan mereka yang berkata apa yang dilakukan oleh mangsa itu adalah perkara normal dan berkemungkinan mangsa sendiri tidak perasan mengenai hal itu.

 

Bagaimanapun, Nor Omar memohon agar isu ini tidak berlanjutan kerana mangsa telah menarik laporan polis dan kes dianggap sudah selesai. 

“Mangsa dalam kes ini kemudiannya tidak mahu meneruskan siasatan dan sudah menarik semula laporan polis yang dibuat. Kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). 

“Susulan itu, polis menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan tidak menular video berkenaan kerana kes itu sudah selesai,” katanya. 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 16 Dec 2019

这吃药习惯很多人都有!其实很伤身

用药是经常的事情,你可知道,吃药方式不对,就算药没问题,人也会出问题!

Featured Fri, 30 Jan 2026

Mengadu Bengkak Susu, ‘Inside Joke’ Ayda Jebat Dikecam Netizen

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat menyorot perhatian ramai selepas tindakannya berkongsi hantaran di media sosial baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

Featured Thu, 22 Sep 2022

Anna Jobling Jadi Patung Barbie, Netizen Puji Cantik!

Wahhh memang betul lah sebijik macam Barbie doll kan? 😍

Hiburan Fri, 26 Jun 2026

Muncul Dengan ‘Syarat Cinta’, Lagu Baharu ALVN Cetus Tanda Tanya.. Peminat Syak Sedang Bahagia!

ALVN kembali mencuri perhatian menerusi single terbaharu berjudul Syarat Cinta, sebuah karya yang mengangkat tema cinta yang matang, ikhlas dan penuh kesederhanaan.

Hiburan Fri, 27 Oct 2023

Netizen Buka Cerita Lama Sampai Caci Maki, Ashira Mohon Hormat Pemergian Bad Indigo – “Mana Adab Kamu Semua?”

Allah.. jaga-jaga sikit bila bercakap. Itu ujian buat Ashira. Netizen jangan pandai-pandai.

error: Content is protected !!