Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi August 4, 2025 @ 1:12pm

[VIDEO] “Kalau Saya Di Tempat Dia, Belum Tentu Kuat” – Nadeera Zaini Sifatkan Aina Abdul Sahabat Yang Tak Mudah Putus Asa

Penyanyi, Nadeera Zaini mengakui perjalanan hidup rakan selebriti yang juga penyanyi, Aina Abdul untuk menempa nama dalam industri hiburan sebagai sumber inspirasinya.

Menerusi temubual podcast Kita-Kita Aje yang dikendalikan oleh pengacara dan penyampai radio, Datuk Aznil Haji Nawawi, Nadeera meluahkan rasa kagum terhadap Aina yang disifatkan seorang wanita kuat dan tidak mudah putus asa.

“Dia seorang yang sangat kuat. Lembut hati, tapi cekal semangatnya. Walaupun membesar tanpa kehadiran seorang ayah, dia tetap berdiri kukuh mengejar impian.

“Kalau saya berada di tempat dia, belum tentu saya mampu sekuat itu. Kisah hidupnya benar-benar memberi inspirasi kepada saya,” katanya

Dalam masa sama, pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu turut mengakui hubungannya bersama Aina sangat rapat sejak dahulu, namun dek kekangan masa atas komitmen kerjaya masing-masing sudah jarang meluangkan masa bersama.

“Dulu saya tak ramai kawan, dan dialah antara yang paling dekat dengan saya. Kami sangat akrab. Sekarang pun masih berkawan baik, cuma dah jarang keluar bersama disebabkan komitmen kerja.

“Kalau jumpa, kami tetap bertegur sapa seperti biasa. Cuma nak lepak lama-lama macam dulu mungkin susah sikit sekarang,” katanya lagi.

@dims_0311

#bestfriend #nadeera #ainaabdul #fyp #paknil @ainaabdulofficial @Nadeera #kitakitaaje . . Source : youtube kita kita aja prodcast

♬ original sound – dim4s – dim4s

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 May 2025
Filem Mon, 8 Jun 2026

“Orang Nampak Anak Seni Ini Glamor, Tapi…” – Scha Alyahya

Kadang-kadang bukan sahaja melibatkan diri sendiri, malah keluarga juga terkena tempias daripada persepsi atau pandangan orang ramai. – Scha Alyahya.

Featured Sat, 22 Nov 2025

“Tak Normalisasikan Budaya Songsang, Saya Hanya Kongsi Iktibar” – Ieda Moin

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin akhirnya tampil menjelaskan isu tular mengenai kenyataannya sebelum ini yang dianggap menormalisasikan budaya songsang.

Hiburan Sat, 8 Mar 2025

Atikah Suhaime Selamat Bersalin Anak Perempuan, Beri Nama Lyla Mulan Teh

Tahniah Atikah Suhaime dan suami timang baby girl.

Trending Wed, 3 Feb 2021
Trending Mon, 1 Mar 2021
Featured Fri, 20 Feb 2026

“Aku Diam Lagi Korang Caci Maki”- Mia Sara Nasuha

Mia terkilan apabila dirinya menerima pelbagai komen berbaur provokasi.

Featured Fri, 10 Sep 2021
Hiburan Thu, 18 Sep 2025
error: Content is protected !!