Euforia Bola 2026
Trending By: Nurul Hana April 6, 2023 @ 11:54am

[VIDEO] “Kalau Tadi Termasuk Bawah..” – Hampir Digilis, Rider Datang Minta Maaf Kepada Pemandu Lori

Pertelingkahan antara pemandu atau penunggang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya sering berlaku.

Namun, satu rakaman video insiden di jalan raya yang dimuat naik di TikTok telah menarik perhatian wargamaya apabila seorang penuggang motosikal datang meminta maaf selepas hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Pemandu lori yang mempunyai ‘dashcam’ mahu membelok ke kiri ketika melalui bulatan dan secara tiba-tiba, penunggang motosikal dari arah kiri lori membelok ke kanan.

Situasi itu sangat mengejutkan dan mujur pemandu lori terbabit peka dengan keadaan terbabit dan sempat menekan brek.

@izsmile.yusof nilai la sendiri #fyp #abanglori ♬ original sound – izsmile yusof

Beberapa saat kemudian, kedengaran suara penunggang motosikal tersebut datang meminta maaf kepada pemandu lori itu.

Pemandu lori itu menasihatinya secara baik agar tidak mengulangi tindakan seperti itu lagi.

“Daripada kiri bahaya tau. Kalau tadi termasuk bawah lori, panjang ceritanya.

“Tak kira macam mana pun, jangan duduk belah kiri lori. Tolonglah, merayu sangat. Nak cepat macam mana pun, janganlah potong lori dari belah kiri,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, ramai memuji sikap toleransi secara baik antara pemandu lori dan penunggang motosikal.

“Bila kau patah balik minta maaf, kau memang manusia yang mempunyai akhlak yang baik. Abang lori pun lembut hati.

“Dua-dua aku tabik. Satu berani mengaku salah, satu lagi terbaik mengawal emosi marah. Hilang sekejap darah pemandu,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Thu, 8 Apr 2021

Kadar Pengganguran Menurun Pada Februari

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Februari, kadar pengangguran di negara ini turun kepada 4.8 peratus berbanding 4.9 peratus pada Januari. Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini merupakan […]

Hiburan Tue, 26 Dec 2023
Trending Fri, 9 Apr 2021
Trending Fri, 21 Jun 2024
Cahaya Mata Sat, 14 May 2022

“Serik Ya Allah…” – Syatilla Melvin Masuk Hospital Semula Akibat Sakit Kepala & Tulang Belakang

Bak kata Tilla penangan anak ketiga… Apapun semoga Syatilla cempat sembuh!

Trending Sun, 18 Aug 2019

Yu Paus Ditemukan Mati Di Perairan Tanjung Tohor

Mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya

Trending Wed, 22 Jul 2020
error: Content is protected !!