Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi October 18, 2022 @ 3:10pm

[VIDEO] Netizen Dakwa Corak ‘Tattoo’ Tanda Salib, Ini Respons Padu Aaron Aziz – “Buka Minda! Kalau Aku Pakai…”

Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz tampil membidas komen negatif segelintir netizen yang mendakwa dirinya memakai tatu bertanda salib.

Ia ekoran sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya baru-baru ini apabila dihujani komen netizen yang mempertikaikan pemilihan tatu aktor berbadan sasa ini.

Susulan itu, aktor filem KL Gangster ini menjawab dakwaan netizen menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya pada Isnin.

Menurutnya, corak tatu yang tertera di lehernya itu adalah berbentuk pisau Dagger.

“Itu bukan tanda salib, itu Dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Itu pisau… semua pisau mesti ada batang yang ada bentuk macam tu.

“Lain la kalau aku pakai Butter knife untuk spread butter jam, nutella semua tu. Tak akan nak pakai pisau tu. Dagger bukan salib!” katanya dalam nada tegas.

Dalam pada itu, Aaron turut memberi pesanan kepada seluruh pengikutnya untuk membuka minda serta tidak terus memikirkan perkara negatif.

“Buka minda, husnuzon sikit,” ujarnya sambil menjelir lidah dihujung video tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram Aaron, difahamkan corak tatu dagger itu adalah salah satu elemen watak beliau dalam filem terbaharu ‘The Original Gangster’ arahan pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 732,000 tontonan, 53,000 tanda suka dan 1,187 komen.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai nampaknya pengikut yang terhibur dengan aksi dan gelagat beliau.

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Stalk Mesej Anak Perempuan di Instagram

Artikel Berkaitan: Bergantung Dengan Ubat Tahan Sakit, Aaron Aziz Rela Sakit Demi Yuran Pengajian Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 30 Apr 2020
Trending Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Thu, 10 Oct 2019

The New SBS Inkigayo MCs’ Visuals are Perfection Made True

Visuals; tens, tens, tens across the board!

Trending Sat, 21 Dec 2019
Hiburan Sun, 3 May 2026

Bahang AJL40 Makin Hangat, Ernie Zakri, Siti Nordiana, Haqiem Rusli & Khai Bahar Hidupkan Nostalgia Di The Soundstage

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-40 semakin terasa apabila konsert khas The Soundstage diumumkan sebagai pemanas pentas menjelang malam kemuncak AJL40.

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Hottie Henry Golding to Star in Another Hollywood Movie!

This time it’s a crime genre by Guy Ritchie

Hiburan Wed, 17 Sep 2025
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

BTS’ RM Stands for Ringgit Malaysia?

He be making them money fly.

error: Content is protected !!