Euforia Bola 2026
Drama By: Dharnieya Nur Amelsa December 9, 2022 @ 3:10pm

[VIDEO] Netizen Puas Hati Tengok Isteri Cubit Muka Izzue Islam – “Terima Kasih Kak Tolong Cubitkan Amir”

Pelakon Izzue Islam menjadi sebutan ramai selepas karakter Amir yang dibawa dalam drama bersiri Rindu Kasih bersiaran di TV3 menyakitkan hati penonton.

Watak Amir itu telah mengundang pelbagai reaksi dari penonton yang geram melihat sikap dayusnya dalam siri drama berkenaan.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @user8148728118653, isteri Izzue, Awin Nurin melepaskan geram dengan mencubit pipi suaminya.

“Eee geramnya aku!” jerit Awin sambil mencubit pipi Izzue.

@user8148728118653 Tiberr Je Geram Kat Suami Ni😂😍 #izzueislam #awinnurin #masukberanda #masukfyp #masukberandafyp #berandatiktok #berandagak #berandafyp #fypシ #foryou #foryourpage #masukberandafyp #fypシ゚viral ♬ original sound – 𝐼𝓏𝓏𝓊𝑒𝐼𝓈𝓁𝒶𝓂

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengaitkan video terbabit dengan rasa marah peminat yang ‘geram’ melihat watak Amir.

Warganet mengucapkan terima kasih kepada Awin memandangkan dia sudah membantu untuk mewakili semua peminat yang geram menonton watak dilakonkan Izzue.

“Terima kasih kak tolong cubitkan Amir.

“Puas hati akak. Terima kasih Awin tolong cubitkan untuk kami-kami ni yang geram dekat Amir ini.

“Terima kasih jadi wakil segenap isteri melepaskan geram kat Amir. Mak Lijah next hahaha.

“Puas tengok Amir kena cubit.

“Terima kasih tolong cubitkan Amir puas hati hahaha.

“Lain kali kak tarik panjang panjang lepas cubit. Saya pun geram je dengan Amir ni haish,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 813,000 tontonan, 37,000 tanda suka dan lebih 760 komen.

Selain Izzue, Rindu Kasih turut menampilkan lakonan hebat Amyza Aznan, Ummi Nazeera dan ramai lagi bersiaran di slot Samarinda, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 7 Nov 2020
Hiburan Mon, 16 Mar 2026

Aprena Manrose Akui Ramai Lelaki Dekati Lepas Cerai, Tapi Belum Sedia Buka Hati – “Penat, Nak Nikmati ‘Single’ Dulu”

Aprena mengakui pernah terfikir sama ada masih ada lelaki yang sudi menerima dirinya selepas memegang status janda

Featured Mon, 20 Jan 2020

Panduan umrah untuk wanita, penting untuk diketahui

Semoga mendapat umrah yang mabrur

Hiburan Mon, 3 Jun 2019

Josiah Hogan ‘Berkira’ Terima Tawaran?

Kenapa Josiah berkira nak ambil job baru?

Trending Sat, 24 Jul 2021

Tutup Sampai Bahagian Buku Lali, Seragam Skuad Gimnas Jerman Curi Tumpuan

Wow, mungkin negara kita boleh buat macam ni juga…

Featured Fri, 28 Apr 2023
error: Content is protected !!