Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina March 30, 2020 @ 12:04pm

Bantuan Prihatin Nasional: Ini Dia Cara Nak Mohon Dan Segala Info Yang Korang Perlu Tahu!

Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN telah pun diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 menerusi satu sidang media khas.

Mesti ramai yang masih keliru dan tertanya-tanya siapa yang layak serta cara-cara untuk memohon bukan? So, ini dia langkah-langkah dan perkara yang korang perlu tahu mengenai BPN:

Apa Itu Bantuan Prihatin Nasional (BPN)?

BPN merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. 

Pemberian BPN bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. 

Golongan B40: 

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak
pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkan
maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan
ke atas); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

 

Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Golongan M40:

1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2) Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP).

3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

 

Pembayaran Pada Akhir Bulan April & Mei

Untuk pengetahuan semua, pembayaran BPN akan dibuat dalam 2 fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020 mengikut kelayakan berikut:

 

Bagaimanakah Kaedah Bayaran BPN B40 & M40 Dilaksanakan?

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 boleh dibuat sekiranya:

1) Korang ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
2) Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan
Nasional
3) Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

 

Soalan Lazim Dan FAQ Berkenaan BPN

Untuk segala maklumat sahih dan soalan lazim berkenaan bantuan BPN ini, korang boleh check di laman Twitter rasmi Kementerian Kewangan (MOFMalaysia) di bawah ini okay!

 

 

Diingatkan supaya korang berhati-hati dengan scammers yang semakin berani menipu orang awam mengenai pakej bantuan yang disediakan kerajaan ini. Rujuk sumber rasmi dan jangan berikan makumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Untuk maklumat terkini berkaitan COVID-19, korang boleh lihat di TV3 dan laman Youtube Buletin Utama .

 

Sumber: Youtube Buletin Utama

 

Baca Juga: [VIRAL] Individu Misteri Sumbang Mesin Pengesan Virus Berharga Ratusan Ribu Di Hospital Sibu!

Baca Juga: Ayuh Rakyat Malaysia! Sahut Seruan Agong Untuk Laksana Solat Hajat Perangi Wabak COVID-19

Baca Juga: “Tak Takut Virus Ke KD?” – Percutian Krisdayanti Bersama Keluarga Di Eropah Cetus Kebimbangan Netizen!

Baca Juga: COVID-19: Jurulatih Bola Sepak Sepanyol Meninggal Dunia Di Usia 21 Tahun

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#BabyXTRA Fri, 24 Mar 2023

#BabyXTRA: Mommy Blues Is Real! Uyaina Arshad Tertekan Susu Tak Keluar… Terima DM Ramai Kata Bersalin Cara Bedah Kurang Pahala?

Tak kisah la bersalin cara normal atau czer, yang penting baby sihat walafiat kan 🫶🏻

Featured Mon, 13 Mar 2023

[VIDEO] “Jangan Balas Dendam Ya… Saya Sayang Malaysia & Singapura” – Aaron Aziz Mohon Semua Bersabar

‘Bukan nak tunjuk pandai, cuma nak amankan keadaan’ – Aaron Aziz

Events Fri, 23 Aug 2024
Trending Wed, 19 Oct 2022

Kelihatan Awet Muda Walaupun Sudah Berusia 53 tahun, Netizen Terpegun Dengan Kecantikan Maria Farida

Sebut saja nama Datin Seri Maria Farida, tentu saja ramai yang sudah mengenali dirinya oleh kerana rupa parasnya yang masih kelihatan muda meskipun usia sudah mencecah 53 tahun. Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi […]

Featured Mon, 19 Dec 2022
Featured Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!