Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 20, 2018 @ 10:00am

Wanita Yang Seiras Dengan Selena Gomez Ini Tak Kenal Pun Penyanyi Itu Siapa

Kalau muka anda menyerupai seseorang selebriti, besar kemungkinan anda kenal siapa mereka itu. Nama pun selebriti!

Itu bukan kesnya dengan Erika Montantes, seorang warganegara Mexico yang langsung terus blur bila ada orang sangka dia adalah penyanyi dan pelakon Amerika, Selena Gomez.

Kali pertama rupanya dibandingkan dengan wajah Selena adalah 8 tahun lalu, ketika dia berumur 15 tahun.

Dia berkata di dalam sebuah temuramah dengan Daily Mail, seorang rakan sekolahnya kerap tunjukkan persamaan di antara kedua-dua rupa mereka.

“Ketika saya di sekolah tinggi, rakan saya berkata ‘Hey, muka awak nampak macam muka Selena Gomez!’

“Bingung, saya menjawab, ‘Siapa?’ sebab saya betul-betul tak kenal.”

Rakannya terus mengingatkannya yang rupa mereka seiras, jadi Erika pun menyemak di Google bagaimanakah rupanya si Selena Gomez ini.

“Selepas itu baru saya sedar; ya, kami seiras,” kata Erika.

Foto: Instagram Erika Montantes/The Mega Agency

Mereka berdua mempunyai pipi yang sedikit tembam, bibir munggil, mata berbentuk doe dan rambut coklat kehitaman.

Ramai orang yang Erika tak kenali datang menegur dan tanya jika dialah Selena. “Bila saya kata bukan, ada yang tetap nak menangkap gambar dengan saya,” Erika mengimbas kembali kenangan lucu.

Anda tengok sendiri dan bandingkan.

Foto: Instagram Erika Montantes

Foto: Instagram Erika Montantes

Ada rupa, kan? Bertuahnya dia!

“Saya rasa terharu, kerana Selena adalah sangat cantik dan seorang insan yang mengagumkan. Saya sayang dia,” kata Erika.

Sejak mengenali Selena, wanita Mexico ini mula melihat Selena sebagai role modelnya, tak kiralah dari segi hidup, fesyen atau kecantikan. Memang patut pun.

Malangnya, ada haters menganggap Erika ingin meniru atau menyamar sebagai Selena. “Mereka semua tak betul. Saya tak pernah cuba untuk ‘menjadi’ Selena kerana saya tahu dia adalah dia, dan saya ada saya.

“Tak kisahlah apa orang luar nak kata. Saya selalunya cuba untuk tak mengendahkan mereka.”

You go, girl!

Sumber: Stylecaster, Instagram Erika Montantes

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Selamat Tinggal” – Hantaran Meerqeen Cetus Tanda Tanya, Peminat Luah Rasa Risau

Meerqeen menyorot perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dia tidak akan aktif buat seketika dan…

Featured Mon, 30 Dec 2024

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Fazura menegaskan bahawa dia kini bukanlah Puan sebaliknya mahu dipanggil Cik.

Featured Thu, 9 Jun 2022
Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Wed, 29 Sep 2021
Featured Fri, 13 Feb 2026

Sudah Bergelar Mualaf? Keith Foo Enggan ‘Buka Mulut’ – “Biar Ia Jadi Tanda Tanya”

Kata Keith, 43, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada menguar-uarkan mengenai isu tersebut

Featured Sat, 30 Oct 2021
Cahaya Mata Thu, 8 Dec 2022

Luahan Hati Mawar Rashid Buat Anak, Netizen Sebak Pengorbanan Seorang Ibu

Cahaya mata adalah nafas bagi kedua ibu bapa, begitulah juga untuk pelakon cantik Mawar Rashid yang kini sedang hamil anak ketiga.   View this post on Instagram   A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) […]

error: Content is protected !!