Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin July 31, 2018 @ 4:00pm

Wow! Kini Ada Burger Kangkung Sambal Belacan. Memang Terangkat Habis!

Kalau anda perasan, memang ramai penjual yang ambil inisiatif untuk membuat sesuatu yang lain daripada yang lain agar produk mereka itu viral dan mendapat perhatian masyarakat. Itulah yang dinamakan strategi! 

Begitu juga burger, orang dah kurang minat dengan burger yang biasa-biasa, kalau boleh nak beli burger yang lain daripada yang lain. Jadi, peniaga memang kena ada banyak idea untuk keluarkan jenis burger yang mampu menambat hati orang ramai.

Terbaharu, sebuah gerai di Petaling Jaya iaitu Mike’s Burger Grill Celup, menjual burger yang memang luar biasa. Apa yang luar biasanya? Gerai ini memperkenalkan menu burger kangkung sambal belacan. Wow! macam menarik tapi macam pelik pun ya jugak kan?

Memang ramai yang menganggap kombinasi burger dengan kangkung bersama sambal belacan ini adalah pelik, namun gabungan daging dengan masakan tradisional itu sememangnya menjadi dan sedap.

Bagi anda yang ‘hantu pedas’ memang wajib cuba burger ini kerana rating kepedasannya adalah 6.5 daripada 10. Mesti terangkat kalau anda makan!

Gerai ini bukan sahaja menjual burger kangkung sambal belacan, malah terdapat pilihan burger yang lain seperti Burger Cream Cheese Gourmet, Burger Smoked Apple Butter dan  BBQ Gourment Burger. 

Jadi, pada anda yang nak cuba burger unik ini bolehlah serbu ke gerai mereka yang terletak di Seksyen 14, Petaling Jaya. Anda juga boleh usha-usha menu dan gambar menerusi Facebook Mike’s Burger Grill Celup. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook , Instagram , Lobak Merah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 13 Sep 2018
Eat Travel Fri, 18 May 2018
Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Thu, 10 May 2018

5 Lokasi Paling Awesome Yang Patut Anda Kunjungi. Jimat Sebab Dalam Malaysia Saja!

Masih tak tahu lokasi yang best untuk bercuti? Jom pergi 5 lokasi ini!

Eat Travel Wed, 18 Sep 2019

Enam cara mengekalkan kesegaran sayuran dan buahan di rumah anda.

Cara betul menyimpan sayuran dan buah-buahan.

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Eat Travel Sat, 11 Jan 2020
Eat Travel Wed, 20 May 2020
Eat Travel Wed, 11 Sep 2019
error: Content is protected !!