Hiburan By: Del14 January 24, 2020 @ 11:06pm

Dihantar Kekasih Ke KLIA, Janna Nick Tunai Umrah Bersama Keluarga

Sejak akhir-akhir ini makin ramai selebriti tanahair yang pergi menunaikan ibadah umrah dari tahun lepas seperti Izara Aisyah, Zarina Zainuddin, Eina Azman, Emelda Rosemila, Amyra Rosli, Jovian Mandagie dan ramai lagi.

Baca: Dah Sampai ke Masjid Quba…Zarina Zainuddin Tunaikan Umrah

Baca: Aqeef Anaqi Ikut Ibu Bapa Menunaikan Umrah!

 XTRA juga baru-baru ini ada menulis tentang pelakon Sweet Qismina yang sedang mengutip dana untuk disedekahkan di Mekah dan Madinah sebelum dia berlepas ke Tanah Suci Mekah Ahad ini tapi dalam diam, rupa-rupanya pelakon Janna Nick berangkat ke Tanah Suci dahulu. 

Baca: Sweet Qismina Buka Peluang Bersedekah Melalui IG

Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah binti Muner selamat berangkat menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya hari ini. 

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu entri di Instagramnya (IG) di mana Janna memuat naik fotonya bertudung sambil memegang pasport. 

“Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya…Halal kan segala makan minum dan hutang piutang sekiranya ada (Termasuk lah hutang bank, kad kredit dan pinjaman ASB dan sebagainya) 

“Doa kan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan,” tulis Janna sebagai kapsyen. 

Rata-rata pengikut IG Janna mendoakan pengacara rancangan Melodi ini mendapat umrah yang mabrur, diberikan kesihatan untuk beribadat dan supaya segalanya dipermudahkan oleh Allah di Tanah Suci. 

Difahamkan, teman lelaki Janna iaitu pelakon kacukan Dini Azan Schatzmann turut menghantarnya ke lapangan terbang. 

Menerusi satu entri di Instagram miliknya, Dini memuat naik gambarnya dan Janna di dalam kereta dengan kapsyen ” Safe flight @jannanick.  Jangan lupa doa kita dua pula sampai sana ok?”. Oh so sweet!

 
 
 
View this post on Instagram

Safe flight @jannanick ? Jangan lupa doa kita dua pulak sampai sana ok?

A post shared by Dini Azan Schatzmann (@dinischatzmann) on

Sebelum itu, Janna mendedahkan kelakuan salah seorang pengikut yang berstatus suami orang yang menghantar mesej peribadi di Instagram, mengajaknya keluar bersama dan berkahwin walaupun hubungannya dengan Dini bukanlah rahsia. Macam-macam!

Baca: “Kau Dah Lah Tak Kaya, Kau Gatal Pulak Lagi…” -Janna Nick Sound Laki Orang

Kredit Foto: Instagram @jannanick & @dinischatzmann

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 Apr 2022
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Keranda, Gaun dan Kasut Tinggi Mendiang Aretha Franklin Jadi Perhatian

Difahamkan, mendiang telah berganti baju sebanyak 2 kali. Jenazah juga dibaringkan dalam sebuah keranda bersalut emas 24 karat serta menyarungkan gaun merah dan kasut bertumit tinggi.

Featured Tue, 23 Aug 2022
Featured Wed, 28 Dec 2022

Peminat Bola Sepak Protes Keputusan Pengadil Jepun Berat Sebelah

Jangan main-main dengan skuad bawang Malaysia!

Featured Sun, 17 Mar 2024

Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Kesian Ruhainies, ramai nampaknya yang boikot ek😱😱😱

Hiburan Thu, 29 Aug 2019

Fesyen Marion Caunter Dan Anak-Anak Jadi Perhatian

kalau mampu apa salahnya…untungnya nasib badan.