Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin December 18, 2021 @ 5:13pm

“Ya, Kita Nak Pergi Mama Kahwin” – Bawa Anak Pergi Majlis Nikah Bekas Isteri, Lelaki Ini ‘Tersebak’ Atas Pelamin

Aksi seorang lelaki yang membawa anak menghadiri majlis pernikahan bekas isterinya menarik perhatian netizen di laman sosial TikTok.

Biarpun sudah membawa haluan masing-masing, lelaki yang dikenali dengan nama Mohd Asraf Firdaus itu masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya dan membuktikan perceraian tidak menjadi sebab untuk bermusuhan.

@mohdasraffirdaus

Semoga bahagia ##fyp ##masukberandafyp ##fypシ ##tiktokmalaysia ##explore ##fypシ゚viral ##masukberanda

♬ Aku Bukan Jodohnya – Fullband Version – Tri Suaka

Memuat naik video di aplikasi TikTok, Asraf berkongsi momen menyiapkan anak mereka bernama Aisy dan mereka sama-sama menghadiri majlis perkahwinan bekas isterinya.

“Papa kita nak pergi kat mama ke?” tanya Aisy.

“Ye, kita nak pergi dekat mama kahwin. Aisy kena pakai baju ini,” jawab lelaki itu.

Di majlis terbabit, Asraf mengambil foto kenang-kenangan bersama pengantin baharu dan dia juga kelihatan sebak di atas pelamin.

“Papa doakan semoga bahagia dunia hingga ke syurga untuk mama dan ayah baru awak Aisy,” tulis lelaki itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata memuji mereka yang masih menjaga hubungan yang baik biarpun selepas membawa haluan masing-masing.

Difahamkan, Asraf yang bekerja sebagai tukang gunting rambut professional juga sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya selepas bercerai.

Video ini telah meraih 1.4 juta tontonan serta lebih 1,500 komen di laman TikTok.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2024
Featured Fri, 21 Jan 2022
Gaya Hidup Mon, 15 May 2023

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Trending Wed, 6 May 2020
Trending Thu, 3 May 2018

7 Simple Ways Malaysians Can Show Love to Animals Including Strays!

There is a way to ensure cats and dogs no longer become strays.

error: Content is protected !!