Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 2, 2022 @ 5:23pm

“Yang Post Video Aku Nyanyi Kat Masjid Tu Pun Geng Mungkir Janji” – Jawab Isu Rapping Di Majlis Agama, Ini Respons Waris

Beberapa hari lepas, tular sebuah video pendek yang memperlihatkan penyanyi rap Waris sedang menyanyikan lagu Rembau Most Wanted 2 di sebuah majlis ilmu.

Tindakan tersebut ternyata menimbulkan rasa kurang senang dari pelbagai pihak, apatah lagi tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan.

Justeru itu, tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara terbabit, Waris tampil membuat penjelasan menerusi hantaran terkini yang di muat naik di Instagram dan aplikasi pertanyaan soalan di Instagram story miliknya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)

 

Menurut Waris atau nama sebenarnya, Muzzammil Alias, 34, video tular tersebut sebenarnya adalah video yang diambil ketika majlis sambutan Maulidur Rasul yang diadakan ketika negara mula diberikan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tegasnya lagi, jemputan itu dibuat oleh ahli masjid tersebut, namun persembahan nyanyian itu bukanlah diadakan di dalam masjid seperti yang digembar-gemburkan, tetapi dilakukan di luar masjid.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)

 

Sementara itu, Waris juga mengakui ini adalah kali kedua video tersebut diviralkan.

“Ini pun menjadi persoalan buat saya kenapa dia up lagi. Sebab apa tahun lepas dia try viralkan tapi semua orang komen positif. Tapi tahun ni tiba-tiba jadi lain. kenapa eh?” katanya.

Menjelaskan tentang maksud ‘geng mungkir janji’ seperti yang ditulis dalam kenyataan di Instagram miliknya, Waris berkata, itu adalah kumpulan yang telah diberikan amaran untuk tidak mengeluarkan atau membuat sebarang hantaran mengenai video terbabit.

“Kau kena faham eh, geng mungkir janji ni adalah geng yang saya dah bagitahu supaya tidak mengeluarkan isu ini lagi tapi lepastu, mereka keluarkan balik. Jadi kiranya mungkir janji lah…” jelasnya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)

Bukan itu sahaja, warganet turut bertanyakan soalan tentang tindakan Caprice yang dilihat sengaja mempersoalkan mengenai isu tersebut.

“Dia tak tahu apa-apa. Sebab apa dia DM aku, aku tak bagitau dia apa-apa pun. Jadi dia sebenarnya pun palatao je. 

“Jangan lupa ye, dulu pun dia ada buat macam ni juga eh. Sujud dalam video klip, sejadah bagai apa semua, korang nak dengar orang macam tu punya cakap, suka hati korang lah….” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bookings (+60 18 288 3487) (@warisn9)

Bagaimanapun, Waris menerusi hantaran terakhirnya menjelaskan bahawa, dia dan Caprice masih berkawan dan memohon maaf kepada penyanyi itu kerana menganggap semua manusia melakukan kesilapan.

“Anyways, saya dan Caprice masih berkawan dan saya mohon maaf kepadanya juga. Kita semua buat silap. Dan tidak ada manusia yang sempurna” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Nov 2020
Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Ahirine Ahirudin Risau Berlakon Di Samping Hattan

Mestilah nervous, artis otai tu!

Hiburan Wed, 28 Jan 2026

Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri Dituduh Penagih, Cabar Netizen Cari Bukti & Lapor Polis 

Tambah Aqish, tindakan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti amat keterlaluan dan tidak adil terhadap keluarganya.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025
Featured Sun, 10 Sep 2023
Hiburan Sun, 1 Dec 2024

Bersempena Ulang Tahun Kelahiran 2 Orang Anak… Wawa Zainal, Aeril Zafrel Hadiahkan Kondominium

Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan anak-anak mereka rumah sempena sambutan hari lahir.

Hiburan Sun, 5 Apr 2026

Ustaz Komen Status Anak Hasil Hubungan Terlarang Dalam ‘Khianat Yang Terpilih’, Netizen Persoal ‘Bin’ Siapa?

Isu ‘bin’ anak jadi panas dalam Khianat Yang Terpilih, ramai mula persoal hukum sebenar… Ini jawapan Ustaz!

Featured Mon, 20 Mar 2023

Raffi Ahmad Kantoi Curang! Video Call Bekas Pekerja Dalam Bilik

Serius lah? Punya sayang mas Raffi sama mbak Nigita😱

Trending Tue, 20 Apr 2021
error: Content is protected !!