Trending By: Padin December 14, 2020 @ 5:55pm

I Can See Your Voice Kembali Untuk Musim 4… Teringin Nak Join Uji Bakat Online? Jom Ikuti Cara Mudah Ini!

Program kegemaran ramai, I Can See Your Voice Malaysia kembali untuk musim yang keempat!

Merupakan sebuah program hiburan berformat dari Korea Selatan, I Can See Your Voice Malaysia musim keempat (#ICSYVMY4) akan kembali menghangatkan malam anda!

Seperti biasa, di dalam setiap episod, enam penyanyi misteri akan dipersembahkan di hadapan penyanyi jemputan dan beliau perlu menyingkirkan penyamar di kalangan penyanyi sebenar tanpa mendengar suara penyanyi tersebut

Terdapat empat pusingan untuk penyanyi jemputan meneka siapakah penyamar tersebut dengan bantuan barisan panel penyiasat.

Bersempena dengan norma baharu, uji bakat #ICSYVMY4 akan diadakan secara online!

Ikuti empat cara mudah ini untuk serahan borang dan video online:

#1 Layari www.xtra.com.my/icsyvmy

#2 Isikan borang penyertaan dengan lengkap.

#3 Muat naik video nyanyian anda di dalam borang penyertaan.

#4 Pastikan semua maklumat adalah benar dan tepat.

Seterusnya, peserta yang disenarai pendek akan dihubungi oleh pihak produksi!

Ha, sebelum tu, semak dahulu cara empat syarat penyertaan:

#1 Berumur 15 tahun dan ke atas

#2 Warganegara Malaysia

#3 Video nyanyian secara acapella / tiada iringan muzik / tanpa ‘minus one’

#4 Tempoh penyertaan bermula hari ini, 14 Disember 2020 sehingga 3 Januari 2021!

Jadi apa tunggu lagi, serlahkan bakat terpendam anda dan mana tahu, anda bakal menjadi salah seorang penyanyi atau penyamar dalam #ICSYVMY4!

Untuk informasi lanjut mengenai #ICSYVMY4, layari www.xtra.com.my/icsyvmy

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Wed, 1 Feb 2023

Ditimpa Ujian, Isteri & Anak-Anak Fizo Omar Masuk Hospital Silih Berganti – “Bil Lebih RM30,000 Sebulan…”

Min setuju apa yang Fizo suarakan ini 😌 Demi masa depan keluarga dan anak-anak kannn

Program TV Tue, 30 Nov 2021

Ada Dinobat Sebagai Juara Idola Kecil Di Rumah, Bawa Pulang RM20,000!

Selepas lapan minggu bersiaran, program Idola Kecil Di Rumah telah sampai ke penghujungnya pada hari Ahad yang lepas 28 November 2021 dan menobatkan Adaputra Iskandar Danial Asdahrizam (Ada) bergelar juara. Peserta berusia 11 tahun yang […]

Featured Sat, 29 Oct 2022

Jaga Hati Isteri, Aksi Teuku Ryan Pegang Tangan Ria Ricis Raih Perhatian

Pelakon dan YouTuber Indonesia, Ria Ricis tular di media sosial kerana menerima layanan sangat baik suami, Teuku Ryan. Ryan yang memegang tangan Ricis semasa seorang pekerja butik yang tiba-tiba datang mendekati mereka untuk membetulkan cara […]

Hiburan Tue, 5 Apr 2022