Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 10, 2026 @ 3:30pm

ZRA Peruntuk RM40,000 Duit Simpanan Demi Sertai Sumud 2.0 – “Mahal Atau Murah Ia Bukan Ukuran”

Bekas wartawan dan wakil Malaysia dalam misi kemanusiaan global Sumud 2.0, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mengakui sanggup memperuntukkan sehingga RM40,000 daripada simpanan peribadinya bagi menyertai misi Sumud 2.0 demi perjuangan membela Gaza.

Menurut ZRA, jumlah tersebut sudah disediakan lebih awal sebagai persiapan untuk pelayaran kali ini, meskipun kos sebenar masih belum dapat dipastikan.

“Saya standby RM40,000 kak untuk belayar kali ini. berapa kos dia saya sendiri tak pasti tapi saya standby duit simpanan saya RM40,000,” katanya.

Mengulas mengenai persepsi masyarakat terhadap nilai wang yang digunakan, ZRA menjelaskan ramai masyarakat suka melihat sesuatu perkara dari sudut materialistik semata-mata.

Jelasnya, perbelanjaan besar seperti membeli kereta atau rumah sering dianggap berbaloi, namun apabila melibatkan kos untuk menuntut perjuangan dan nilai akhirat, ia seringkali dianggap mahal.

“Dulu RM21,000, saya ada kereta kak, saya ada rumah. Bila dengar harga kereta RM120,000 banyak…  tapi orang kata murah. Bila dengar rumah harga RM400,000 orang suruh beli sekarang. Dengar emas turun RM500 lebih, orang kata beli… Bila harta dunia, semua tu kita kata murah.

“Tapi bila sampai benda yang kemudiannya di dunia, benda tu tak ada nilai… kerana ia adalah perjalanan untuk membela Gaza, semua orang kata mahal.

“Ini bukan soal kos, ini masalah bagaimana kita melihat kehidupan kita. Kalau sesetengah orang kata pergi untuk membebaskan Masjidil Aqsa mahal tapi dengan niat untuk membebaskan Masjidil Aqsa, nilai RM40,000 adalah murah,” jelasnya.

 

Menurut ZRA, jika misi tersebut diniatkan untuk membebaskan Masjidil Aqsa, kos melibatkan belanja yang besar bukanlah isunya apatah lagi usaha yang dilakukannya sejak 2005 adalah untuk menyebarkan kesedaran mengenai Masjidil Aqsa melalui pelbagai platform termasuk media sosial.

Tambahnya, penyertaan dalam misi itu juga dilihat sebagai peluang untuk menghasilkan kandungan yang mampu menyentuh hati masyarakat agar lebih mencintai tempat ketiga paling mulia itu.

“Saya jelaskan pada semua, tentang mahal atau murah ia bukanlah ukuran. Selama saya hidup, saya buat cerita pasal Masjidil Aqsa daripada 2005 iaitu 21 tahun yang lalu.

“Tahun ni dan tahun lepas adalah peluang untuk saya menghasilkan filem dalam media sosial (segala perkongsian) yang menjadi ‘harga’ dan berbaloinya harga RM42,000 tu kepada membolehkan semua orang menyimpan dalam hati untuk mencintai Masjidil Aqsa dengan harapan, hati yang mencintai Masjidil Aqsa suatu hari akan menggerakkan kakinya ke sana.

“Jadi dalam kerja kita, bagi orang berfikir Masjidil Aqsa adalah tempat bertanggungjawabnya orang Islam. Kerana disebut dalam al-Quran, barangsiapa beriman dengan al-Quran kena beriman dengan seluruh surahny. Al- Isra’menyebut, ini adalah tempat ketiga paling mulia,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 14 Feb 2023
Featured Thu, 5 Sep 2019

Colours of Unity, ransang semangat patriotisme dalam fesyen

Setiap helaian adalah ekslusif kerana ia adalah buatan tangan sepenuhnya

Filem Sun, 3 May 2026

Solekan ‘Pewaris Susuk’ Terlalu Real, Pelakon Sendiri Terkejut Lihat Hasil Akhir

Filem seram bukan sekadar bergantung kepada jalan cerita menakutkan, tetapi juga visual yang mampu membuat penonton rasa seolah-olah apa yang dilihat benar-benar wujud.

Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Haneesya Hanee Juara Dewi Remaja 2018/2019, Tahniah!

Tahniah si cantik manis, you deserved it girl!

Hiburan Sun, 15 Dec 2024

Famili Duo 4: Tomok & Sharul Kamal Tekad Kekal Momentum, Mahu Beri Persembahan ‘Wow’ Di Pentas Akhir

Semoga kemenangan Famili Duo 4 berpihak kepada Tomok dan Sharul Kamal!

Trending Thu, 1 Oct 2020
Trending Tue, 30 Mar 2021

Tonton Drama Bersiri ‘Shah Alam 40000’ Secara Awal & Eksklusif Di…

Peminat drama tempatan kini boleh menarik nafas lega apabila peneraju khidmat penstriman terbesar, iQiyi International, dan produksi serta pengedar kandungan tempatan terulung, Primeworks Studios, mengumumkan tayangan perdana drama bersiri Shah Alam 40000, yang ditayangkan secara […]

Hiburan Fri, 25 Apr 2025

[VIDEO] “Hidup Ini Ada Penutupnya Juga” – Demi Keluarga, Misha Omar Pernah Terdetik Untuk Bersara

Misha Omar pernah terdetik untuk bersara demi ikut suami berhijrah ke luar negara

Featured Wed, 10 May 2023
error: Content is protected !!