Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops December 23, 2018 @ 4:00pm

8 Tip Untuk Jimat Ketika Beli Barang Dapur Untuk Diri Anda Seorang

Shopping barang dapur untuk anda seorang? Bunyinya mungkin macam senang, tapi ia lebih mencabar jika anda kesuntukan wang dan perlu berjimat.

Pertama sekali, anda ada resipi di kepala tapi kenapa nak masak banyak-banyak jika anda seorang saja yang akan makan? Jadi anda kena kira-kira balik berapa banyak bahan yang anda perlukan sebenarnya.

Keduanya, anda kena pandai pilih bahan-bahan mentah yang takkan rosak sebelum anda sempat memasaknya. Kalau tak sempat, nanti anda terpaksa buang dan bazir pula duit anda.

Aaargh, ia memerlukan banyak perancangan dan ketepatan! Tapi dengan bantuan 8 tip di bawah ini, anda akan boleh pergi membeli barang dapur untuk seorang dan pada masa yang sama membantutkan pembaziran bahan mentah dan wang.

1. Jangan shopping ketika lapar

Shopping ketika lapar akan mengakibatkan pembelian berlebihan. Yelah, bila perut kosong, semua benda nampak sedap! Dan kalau boleh, semua benda itu kita nak beli. Betul tak?

Peraturan ini boleh diaplikasikan ke semua situasi yang berkaitan dengan pembelian barang dapur.

Tapi ia lebih relevan apabila anda sedang cuba mengikuti bajet khas untuk seorang dan mengelakkan daripada membeli barang yang tak diperlukan.

Jadi supaya ia tak berlaku, makan dulu sebelum ke kedai. Anda akan lebih fokus kepada misi anda, iaitu membeli barang dapur untuk dimasak nanti.

2. Semak dulu berapa banyak barang dapur yang anda masih ada sebelum keluar ke kedai

Foto: Flickr/aryaziai

Anda mesti pernah lalui situasi ini: Anda perlukan beberapa bahan untuk masak, jadi anda pun pergi membelinya. Tapi bila dah balik dan nak simpan, tengok-tengok ada lagi stok bahan tersebut yang belum digunakan.

Jika anda nak jimat, luangkan masa untuk periksa betul-betul dulu apa yang perlu dibeli, apa yang masih boleh dipakai, dan apa yang perlu diganti.

3. Beli barang dengan sebuah resipi yang khusus di minda

Seeloknya kita bawa shopping list supaya tak terbeli barang yang kita tak perlu. Tapi kadangkala bila kita ternampak ada promosi hebat, kita terus terasa nak beli sebabnya kononnya boleh jimat. Hmm… akhirnya kita berbelanja juga dan tak mungkin kita perlukan pun barang itu.

Jika anda sediakan shopping list berdasarkan sesuatu resipi masakan, anda akan lebih fokus.

4. Kalau boleh, beli barang dapur secara online

Bukan baju atau gajet saja. Nak beli barang dapur melalui online pun boleh sekarang ini! Jika anda shopping untuk diri sendiri saja, cara ini boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang.

Kerana anda hanya akan pilih secara khususnya apa yang anda nak beli, anda takkan berbelanja lebih atau shopping secara impulsive.

5. Beli secara pukal bila boleh

Jika kedai runcit atau pasaraya anda tawarkan pembelian bahan secara bulk, anda boleh dapatkan jumlah yang anda perlukan tepat-tepat tanpa ada pembaziran.

Harga barangan pukal juga selalunya lebih rendah kerana anda tak perlu bayar untuk packaging dan penjenamaan. Bahan tersebut pun selalunya lebih segar dan berkualiti tinggi daripada bahan yang dah siap dipek.

6. Jangan beli buah-buahan atau sayur dah siap dipotong

Foto: Flickr/aryaziai

Jika anda perasan, sesetengah pasaraya ada menjual buah-buahan yang dah siap terpotong dan dibungkus. Memanglah ia menjimatkan masa tapi harganya adalah lebih tinggi daripada yang beli dipotong.

Lagipun, buah-buahan yang belum dipotong kekal lebih segar.

7. Jangan beli hidangan makanan di pasaraya yang dah siap dimasak

Yang ini pun menjimatkan masa dan tenaga tapi anda juga selalunya akan terpaksa bayar lebih. Lagipun, anda takkan tahu nilai nutrisi yang terkandung ataupun sedap ke tak. 

Jimat wang anda dengan mencari resipi yang ringkas tapi berkhasiat, serta membeli bahan yang lebih murah untuk memasaknya.

8. Beli bekas makanan tahan sejuk

Foto: Joe Belanger/Shutterstock

Kebanyakan resipi menawarkan hidangan untuk 4 orang. Kadangkala jika anda nak masak untuk seorang saja, kenalah buat pengiraan untuk berapa banyak bahan mentah yang diperlukan.

Daripada merunsingkan otak, masak saja satu hidangan yang besar. Lebihan makanan yang tak termakan tadi boleh disejuk bekukan untuk bila-bila anda terlalu sibuk untuk masak.

Untuk itu, beli bekas makanan berkualiti tinggi dan gunakan freezer anda.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Featured Fri, 29 May 2020
Featured Wed, 27 May 2020

Patuhi SOP khusus untuk proses sanitasi ditetapkan KKM

Dapatkan maklumat jika tidak jelas

Gaya Hidup Fri, 27 Jul 2018

38 Idea Awesome Yang Anda Boleh Buat Dengan Botol Plastik Lama. Memang Cool!

Banyak idea kreatif yang boleh dihasilkan daripada botol plastik terpakai.

Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Gaya Hidup Wed, 13 Feb 2019
Featured Wed, 30 Oct 2019
Gaya Hidup Wed, 23 May 2018

Doktor Nasihat Hati-Hati Beli Ayam Di Bazar Ramadan Kalau Tak Nak Terkena Kuman Ini

Sebelum beli ayam di bazar Ramadan, anda perlu peka tentang kebersihan juadah itu.

Gaya Hidup Sat, 21 Apr 2018

Diiktiraf Rumah Paling Mahal, Tabiat Tuan Rumah Ini Berbelanja Sangat Menggerunkan!

Misteri rumah paling mahal di dunia iaitu Chateau Louis XIV terbongkar apabila ramai pihak cuba menjejakinya sebelum menemuinya di sempadan utara Perancis berdekatan dengan Versailles.

Gaya Hidup Sun, 26 Apr 2026

Gaya Hidup Bijak… Aplikasi Emas Digital Kini Jadi Pilihan Simpanan Lebih Fleksibel, Yana Samsudin Pun Approve!

Dalam dunia yang semakin pantas, cara orang mengurus kewangan juga mula berubah. Kalau dulu simpan emas identik dengan barang kemas atau jongkong fizikal, kini trend baharu mula mendapat perhatian iaitu emas digital yang boleh diurus […]

error: Content is protected !!