Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 24, 2018 @ 9:00am

12 Jenis Makanan Yang Paling Popular Dan Dicari Pengunjung Bazar Ramadan

Bazar Ramadan merupakan destinasi popular pencinta makanan, sama ada mereka yang mencari sesuatu yang mudah dimakan atau sesuatu yang lain daripada yang lain.

Ia juga ‘port’ yang menyelamatkan ramai para isteri dan ibu yang berdepan kesuntukan waktu menyediakan hidangan untuk keluarga mereka.

Suasana sesak di bazar Ramadan dengan ribuan pengunjung pelbagai bangsa mempamerkan keindahan Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan aman.

Dari juadah klasik hingga hidangan semasa, semuanya tersedia di sini. Bagaimanapun 10 hidangan popular wajib ada bazar Ramadan adalah seperti berikut.

1.  Kuih-muih

Foto: Hafiz Rahim

Bazar Ramadan menjanjikan banyak pilihan kuih-muih tradisional yang sukar untuk didapati misalnya pulut panggang, kuih cara, akok, badak berendam, puteri mandi, tepung talam, talam ubi, nona, onde-onde, bingka dan banyak lagi termasuk bubur.

2. Murtabak

Foto: VKeong

Pengaruh Timur Tengah telah membanjiri Malaysia dengan bermacam-macam juadah yang enak. Antaranya ialah murtabak:- lempeng yang biasanya disediakan dengan daging atau ayam cincang, dimasak dengan telur, bawang putih, dan bawang. Lempeng ini dilipat dan digoreng di atas kuali rata sehingga perang keemasan. Harumannya yang sungguh tak terkata pasti menggamit pelanggan-pelanggan yang lapar ke gerai anda.

3. Sate

Foto: Lowyat

Juadah yang biasa di mana-mana bazar makanan, sate yang hebat mempunyai keseimbangan antara panggangan daging empuk yang sempurna dihidangkan pula dengan kuah kacang  yang lazat.

4. Kebab

Foto: resort

Bagi mereka yang rambang mata, tak tahu juadah yang mana nak dibeli di bazar Ramadhan, kebab biasanya menjadi pilihan yang mudah. Disebabkan ia dipanggang selapis demi selapis, dagingnya empuk dan tidak terlebih masak. Ia biasanya diapit dalam roti pita yang suam dan lembut di samping sayuran dan sos cili serta mayonis. Bahan dressing yang lain boleh menaikkan selera pelanggan anda.

5. Ayam Percik

Foto: FMT

Siapa yang tak tahu ayam percik? Ayam yang biasa dijadikan berkali-kali lebih istimewa dengan perapan percik. Apa rahsianya? Ayam diperap semalaman dengan santan, serbuk kunyit, serai, herba-herba dan rempah ratus, sebelum dicucuk dan dipanggang di atas arang yang merah panas. Proses penyediaannya mungkin agak leceh, tetapi hasilnya cukup lumayan. 

6. Tepung Pelita

Foto: mamam.my

Kuih yang lembut dan cair dalam mulut ini merupakan pencuci mulut paling digemari sepanjang Ramadan. Lazimnya ia dibuat dalam acuan empat segi daripada lipatan daun pandan atau daun pisang untuk lebih menaikkan aroma kuih.

7. Roti John

Foto: Maukerja.my

Roti John walaupun mudah dibuat sendiri di rumah, namun ramai yang suka beli dari pasar Ramadan kerana boleh didapati dalam roti bersaiz panjang.

Bukan itu saja, ia juga disediakan dalam beberapa ramuan berbeza dan yang paling menjadi kegemaran penulis adalah roti john special yang ditekap dengan cheese dan bila mengigitnya memang nikmat inti kari daging bersalut telur, sos cili, mayonis dan coleslaw terasa sampai bawa ke mimpi!

8. Air Tebu

Foto: daengnusantara

Air tebu dikatakan air yang boleh mengembalikan tenaga setelah keletihan berpuasa seharian. Dapat minum air tebu memang nikmat.

9 . Air Mangga

Foto: mforum

Jus mangga sejak beberapa tahun lalu mencipta populariti tersendiri dan kini menjadi menu minuman yang sangat dicari di bazar Ramadan.

10. Popia Basah

Foto: hangat.com

Bila bercakap mengenai gerai popiah, suasananya memang meriah. Kalau anda perasan lah kan, kalau nak beli popiah mesti kena beratur panjang kan? Ini saja sudah cukup membuktikan bahawa popiah memang salah satu hidangan terpopular sepanjang Ramadan.

11. Nasi Tomato

Foto: Carousell

Kalau tak pekena nasi waktu berbuka, rasa tak lengkap. Di pasar Ramadhan, memang ramai peniaga yang menjual aneka jenis nasi dan di antaranya yang paling popular adalah nasi tomato, nasi briyani, nasi minyak, nasi hujan panas, nasi kerabu dan nasi dagang.

12. Ikan Bakar

Foto: pkb.gov.my

Masakan ikan termasuk aneka seafood yang dibakar dan dihidangkan dengan air asam, memang cukup membuka selera tatkala menikmati nasi putih sewaktu berbuka. Selalunya ikan bakar yang paling laris adalah terubok, pari, sembilang, keli, kembong, siakap dan cencaru.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 20 Dec 2019

Tahukah anda nutritional yeast lebih sedap daripada MSG? Sihat pula tu!

Nutritional yeast atau ekstrak cendawan banyak khasiatnya!

Eat Travel Wed, 20 May 2020
Eat Travel Wed, 12 Feb 2020
Eat Travel Tue, 26 May 2020
Eat Travel Sun, 24 Feb 2019
Eat Travel Sat, 28 Sep 2019

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga

Bukan sekadar lazat malah baik untuk kesihatan anda!

Eat Travel Wed, 6 Jun 2018

Minat Harry Potter? Jangan Lepaskan Peluang Untuk Kunjungi Set Perfilemannya Yang Ikonik!

Francais filem ini pun sudah tamat, jadi anda boleh imbas kembali memori indah ketika anda menonton filem-filem popular ini.

Eat Travel Thu, 14 Mar 2019

7 jenis makanan yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

Ketahui juga cara hidangannya untuk anak anda makan.

Eat Travel Mon, 28 May 2018

Tak Tahu Nak Sediakan Dessert Apa Untuk Berbuka? Cuba Resipi Pengat Pisang Ini

Kacang sangat nak buat! Main campak saja ramuannya.

Eat Travel Fri, 29 Jun 2018
error: Content is protected !!