Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin April 10, 2019 @ 4:40pm

Ingin lari dari kesibukan kota? Ini senarai 3 pulau di Terengganu untuk anda kunjungi!

Negeri cantik, budaya menarik.

Itulah jolokan bagi negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini.

Di negeri yang terkenal dengan makanan tradisional seperti nasi dagang ini, terdapat lapan pulau yang menjadi tarikan pelancong.

Jika anda sudah terlalu bosan dengan kesibukan kota atau masih mencari destinasi bulan madu, di sinilah tempatnya!

Berikut adalah senarai pulau di negeri Terengganu ini.

Pulau Kapas

Pasirnya yang putih  bersesuaian dengan jolokan nama yang diberikan.

Selain itu, hidupan laut seperti terumbu karang dan airnya yang jernih menjadikan pulau ini cukup istimewa untuk dikunjungi.

Ini cara untuk ke sana.

Hanya 10 minit masa perjalanan dari Kuala Terengganu. Oleh itu, anda tidak akan berasa mabuk laut langsung!

Disebabkan pulau ini terletak di daerah Marang, maka anda haruslah menaiki bot di jeti yang terletak di sana.

Harga tambang bot pula sebanyak RM45.

Jika anda ke sana, cubalah aktiviti seperti snorkeling, menyelam skuba dan ekplorasi hutan. Anda pasti tidak akan menyesal.

Foto: rizzhanis.wordpress.com

 
 

Pulau Lang Tengah

Jika Pulau Kapas terletak di Marang, Pulau Lang Tengah pula terletak di daerah Merang.

Walaupun bunyinya seakan sama, tetapi penduduk di sini menggunakan dialek Kelantan.

Keunikan pantai dan pasirnya yang indah pasti akan membuatkan anda tertawan.

Ini cara untuk ke sana.

Anda harus menaiki bot di jeti Merang. Jika anda dari Kuala Terengganu, gunakan bas antara bandar atau teksi untuk ke daerah tersebut.

Perkhidmatan bot yang disediakan lazimnya dikenakan bayaran sebanyak RM100++ bagi perjalanan dua hala.

Foto: Booking.com

Foto: Monsoon Cup

Pulau Perhentian

Pulau ini cukup terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Ia diibaratkan seperti ‘perhentian’ untuk merehatkan badan dan minda daripada kesibukan kota.

Ini cara untuk ke sana.

Anda harus menaiki bot di jeti Besut untuk sampai ke pulau ini. Jika anda datang dari Kuala Terengganu, ambil teksi atau bas antara bandar untuk ke sini dan berhenti di jeti.

Bagaimana? Sudah teruja untuk melancong ke pulau ini? Kemas beg sekarang!

Foto:

Foto: Kalerful

Foto: pakej percutian ke China

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Thu, 29 Nov 2018
Eat Travel Wed, 31 Jul 2019

Inginkan hidangan ayam unik? Cuba resipi ayam nanas ‘sweet sour’ ini

Paling sedap jika dimakan dengan nasi putih panas.

Eat Travel Sun, 19 Aug 2018

Ini Rahsia Resepi Ayam Panggang Madu Yang Paling Sedap!

Cuti sekolah dah mula, jom panggang ayam bersama keluarga tercinta!

Eat Travel Fri, 20 Dec 2019

Tahukah anda nutritional yeast lebih sedap daripada MSG? Sihat pula tu!

Nutritional yeast atau ekstrak cendawan banyak khasiatnya!

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Mon, 14 Jan 2019
Eat Travel Sat, 4 Jan 2020

10 destinasi menarik di Jogjakarta wajib dikunjungi

Kembara menakjubkan di kota bersejarah Indonesia

error: Content is protected !!