Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom December 20, 2019 @ 3:36pm

Tahukah anda nutritional yeast lebih sedap daripada MSG? Sihat pula tu!

Menambah perisa makanan ke dalam masakan, tidak dinafikan boleh membuatkan sesuatu hidangan lebih sedap rasanya!

Oleh kerana itu, ramai yang seolah ketagih menggunakannya lalu menolak untuk meng ambil tahu kesan mudarat akibat pengambilan bahan perisa yang kebanyakannya mengandungi bahan dinamakan Monosodium Glutamate (MSG).

Dapat kita lihat bahan ini  masih digunakan secara berleluasa khususnya di dalam produk makanan segera.

Sesetengah pihak menganggap hal ini terlalu remeh untuk dibincangkan. Alasan mereka, bahan berkenaan hanya digunakan sedikit sahaja , satu sudu kecil untuk satu hidangan! Sehinggakan makanan untuk bayi mereka juga diletakkan bahan perasa.

Jika sayangkan anak, tiba masanya untuk ibu bapa mengubah pemikiran mereka. Pernah dengar atau tidak perihal nutritional yeast atau serbuk perasa yang lebih sihat?

Nutritional yeast adalah produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi seperti ekstrak cendawan yang berfungsi sebagai campuran makanan.

Foto: Medical News Today

Ragi cendawan ditanam selama beberapa hari dalam kandungan gula, misalnya dalam tebu gula. Kemudian ragi dipanaskan, dituai, dibasuh, dikeringkan, dihancurkan, kemudian dibungkus untuk diedarkan. Ia berbentuk serbuk dengan bijian yang sedikit kasar.

Serbuk perasa cendawan turut digunakan oleh mereka yang vegetarian untuk memenuhi keperluan nutrisi pemakanan mereka selain dari penambah rasa dalam makanan.

Kebiasaannya, produk ini memiliki rasa lazat yang sama seperti MSG, namun ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan untuk badan seperti meningkatkan tenaga dan menyokong sistem imunisasi.

Ini kerana ia membekalkan banyak mineral kepada tubuh seperti vitamin B1, B2, B3, B6 dan B12, zink dan selenium.

Manfaat serbuk perasa cendawan Nutritional Yeast?

1. Memenuhi zat diperlukan badan

Serbuk perasa cendawan mengandungi asid amino penting diperlukan oleh tubuh. Asid amino tidak boleh dihasilkan secara semula jadi oleh badan, jadi pengeluaran asid ini sangat dipengaruhi oleh pengambilan makanan seharian.

Berdasarkan lapora Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), satu sudu perasa cendawan mengandungi 2 gram protein, yang dapat membantu vegetarian memenuhi protein yang diperlukan mereka.

2. Menambah sumber vitamin B12

Bagi mereka yang berstatus vegetarian yang menolak makanan seperti daging, cukup memerlukan sumber vitamin B12 yang sangat penting bagi mengekalkan sistem saraf, pengeluaran DNA, pembentukan sel darah merah dan meningkatkan metabolisma tenaga.

Semua ini dapat dipenuhi dengan menambah serbuk perasa cendawan..

3. Menyokong sistem imunisasi

Bermanfaat untuk merawat cirit-birit, serbuk cendawan mampu menyokong sistem imunisasi dan mengurangkan keradangan yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Hal ini dibuktikan dalam sebuah penyelidikan membabitkan bahan nutritional yeast iaitu S cerevisiae.

4. Sumber makanan yang memelihara kesihatan kulit

Siapa tidak mahu memiliki kulit cantik! Melalui kajian yang dijalankan pakar nutrisi makanan mendapati serbuk perasa cendawan mempunyai kebaikan untuk mengurangkan masalah seperti jerawat, selain menghalang masalah kuku menjadi rapuh dan keguguran rambut.

5. Nutritional yeast membantu kehamilan yang sihat

Nutritional yeast menjadikan kehamilan lebih sihat. Pasukan Petugas Perkhidmatan Pencegahan Amerika Syarikat mengesyorkan semua wanita yang merancang kehamilan perlu mengambil 400-800 mcg asid folik sehari untuk mencegah keabnormalan dan merangsang pertumbuhan janin.

Beberapa jenama serbuk perasa cendawan mungkin mengandungi lebih daripada satu bahagian standard asid folik.

Adakah penggunaan nutritional yeast mempunyai risiko?

Meskipun serbuk perasa cendawan ini memiliki pelbagai manfaat yang diperlukan oleh badan, namun tidak semua orang sesuai mengambilnya terutama mereka yang menghidapi penyakit usus radang (IBD), tekanan darah tinggi dan gout.

Ini kerana penggunaan serbuk perasa cendawan ini boleh menyebabkan penyakit mereka lebih teruk.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 12 Dec 2018

Orang Orang Art Cafe, Lubuk Makanan Eksotik Belangkas!

Belangkas masak lemak cili api dan bakar, dua hidangan paling popular di sini.

Eat Travel Wed, 26 Jun 2019

Anda rasa kurang cerdas? Amalkan enam jenis makanan ini!

Semua jenis makanan ini sangat enak sebagai hidangan.

Eat Travel Wed, 20 Jun 2018

Resipi Mudah Mac & Cheese Ini Gunakan 3 Bahan Saja Tapi Hasilnya Gerenti Menyelerakan!

Cuba bayangkan anda makan mac & cheese panas-panas… fuuuh!

Eat Travel Tue, 11 Jun 2019

Peminat durian, IKEA kini tawarkan rangkaian pemanis mulut bertemakan buah ini!

Macam-macam ada dan semuanya tampak menarik, jadi jom cuba!

Eat Travel Sun, 4 Aug 2019
Eat Travel Sun, 21 Oct 2018

4 Resipi Pasta Ringkas & Tak Memerlukan Banyak Ramuan Ini Gerenti Mengenyangkan

Jika anda belum restock barang dapur, bolehlah cuba resipi ini.

Eat Travel Thu, 7 Jun 2018

Resepi Kari Kepala Ikan Yang Paling Power Untuk Ramadan Ini

Nikmati keenakan kari kepala ikan ketika berbuka puasa.

Eat Travel Wed, 8 Apr 2020

Buah-buahan beku mudahkan kerja di dapur?

Teknik mudah, senang pula!

Eat Travel Thu, 11 Jul 2019
Eat Travel Tue, 12 May 2020

Solok ikan, kudapan sihat berbuka puasa dan sahur

Sumber protein yang mudah disediakan, enak pula

error: Content is protected !!