Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops February 20, 2018 @ 1:38pm

20 Foto Evolusi Fesyen Rihanna Dari 2005 Hingga Kini, Memang ‘Wow’!

Sejak muncul dengan lagunya Pon de Replay pada tahun 2005, Rihanna telah melakar namanya di arena seni bukan saja dengan lagu-lagu yang meletup, suara yang mantap, stage presence yang ikonik malah dia juga terkenal dengan citarasa fesyennya yang semakin lama semakin unik dan luar biasa.

Penyanyi tinggi lampai yang berasal dari Barbados ini tidak pernah segan untuk tampil dengan style fesyen terbaru dan istimewa, terutamanya apabila dia muncul di acara karpet merah untuk majlis-majlis anugerah di Amerika.

Mari kita lihat perkembangan dalam citarasa fesyennya saban tahun sejak tahun 2005. 

2005

Kevin Winter/Getty Images

Citarasa fesyen Rihanna di waktu awal kerjayanya simple je. Ini ketika dia menghadiri majlis Teen People Listening Lounge di California.

2006

Peter Kramer/Getty Images

Pada tahun ini, Rihanna dah mula terokai jenis-jenis gaya yang lebih anggun dan matang. Dia menggayakan gaun rekaan Zac Posen ketika menghadiri majlis Fashion Rocks di New York.

2007 

Frazer Harrison/Getty Images

Tona hijau ini memang sesuai dengan warna kulit Rihanna. Penyanyi ini mengenakan dress ini yang direka oleh Roberto Cavalli sewaktu di acara karpet merah untuk Grammy Awards 2007 di Los Angeles. 

2008

Gareth Cattermole/Getty Images

Rihanna memilih minidress metallic rekaan ini Dolce & Gabbana ini untuk kemunculannya di Brit Awards 2008 di London. Sesetengah orang tak berani untuk memakai pakaian berwarna kilat tapi Rihanna sahut cabaran tersebut dan nampak jelita sekali!

Frazer Harrison/Getty Images

Kali ini, Rihanna memilih gaya yang sweet dengan mengenakan dress oleh Giambattista Valli sewaktu menghadiri BET Awards 2008 di Los Angeles.

2009

Larry Busacca/Getty Images

Rihanna bertukar ke style edgy pula untuk acara Met Gala 2009 di New York City. Sesetengah orang mungkin segan untuk mengenakan outfit oleh Dolce & Gabbana ini, lebih-lebih lagi kerana puffed sleeves tu, tapi bagi Rihanna, no problem!

Larry Busacca/Getty Images

Pada tahun yang sama, dia pun tak segan untuk mencuba style yang luar biasa dengan outfit oleh Stephane Rolland ini ketika di Glamour Women of the Year Awards 2009 di London.

2010

Jason Merritt/Getty Images

Rihanna sekali lagi menunjukkan keanggunannya sewaktu memakai dress oleh Elie Saab ketika menghadiri Grammy Awards 2010 di Los Angeles.

Florian Seefried/Getty Images

Untuk acara Echo Awards 2010, Rihanna mencuba style yang lebih daring dengan jumpsuit “bersayap” ni yang direka oleh Alexandre Vauthier.

Jason Merritt/Getty Images

Rihanna nampak manis dengan hairstyle ini yang kena dengan gaun rekaan Elie Saab yang dipakai ketika menghadiri American Music Awards 2010 di Los Angeles.

2011

Jason Merritt/Getty Images

Sweet je senyuman Rihanna tapi outfitnya seksi yang amat! Rihanna memakai dress rekaan Jean Paul Gaultier ini ketika menghadiri Grammy Awards 2011 di Los Angeles.

2012

Jason Merritt/Getty Images

Untuk acara Grammy Awards pada tahun seterusnya, Rihanna kekal dengan gaya seksi ketika mengenakan dress oleh Armani ni. Simple tapi hot!

2013

Jason Merritt/Getty Images

Rihanna memilih gaya exotic ketika menghadiri American Music Awards 2013 dengan memakai outfit oleh Jean Paul Gaultier ni.

2014

Larry Busacca/Getty Images

Rihanna dah biasa dengan gaya seksi sebelum ini tapi dress inilah yang paling seksi dan paling disebut-sebut. Bukan saja kerana ia “transparent”, gaun fishnet rekaan Adam Selman ini menjadi bualan hangat kerana ia dilitupi dengan 216,000 kristal Swarovski yang disulam dengan tangan.

2015

Jason Merritt/Getty Images

Sweetnya warna pink ni! Comel pulak tu! Rekaan Giambattista Valli dipakai oleh Rihanna di acara Grammy Awards 2015. Ia mendapat sambutan ramai sampai ia menjadi Internet meme.

Dimitrios Kambouris/Getty Images

Met Gala selalunya mempamerkan gaya-gaya yang luar biasa, dan Rihanna tidak ketinggalan untuk acara tahunan ini. Cape kuning oleh Guo Pei ini mengambil masa dua tahun untuk siap. Wow!

2016

Michael Loccisano/Getty Images

Di acara MTV Video Music Awards 2016, Rihanna menerika The Video Vanguard Award sambil mengenakan gaun haute couture oleh Alexandre Vauthier ini. Nampak kurang kemas tapi Rihanna tetap berjaya menggayakannya.

2017

Dia Dipasupil/Getty Images

Rihanna sekali lagi go all out di Met Gala 2017 dengan memakai dress avant-garde rekaan Comme des Garçons. Macam mana dia nak duduk nanti?

Chris J Ratcliffe/Getty Images

Rihanna rupa-rupanya suka style ropol-ropol ni. Dia memakai tulle dress oleh Molly Goddard ni di majlis pelancaran rangkaian makeupnya Fenty Beauty di London.

2018

Christopher Polk/Getty Images

Paling terbaru, Rihanna memilih outfit oleh Adam Selman yang bewarna striking ni untuk dipakai sewaktu persembahannya di acara Grammy Awards 2018. 

Secara kesimpulannya, Rihanna terbukti memang boleh menggayakan apa saja style, berbekalkan ketinggian serta body yang hot. Yang penting, confidence tu kena ada.

Anda suka outfit yang mana?

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 May 2026

June Lojong Meremang Kongsi Pengalaman Shooting Di Penjara Lama Johor, Tulisan Banduan Buat Hati Tersentuh – “‘Mak Tunggu Aku Balik’ Antara Yang Buat Saya Insaf”

June Lojong mengakui pengalaman menjalani penggambaran di lokasi penjara lama di Johor Bahru meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Featured Tue, 20 Apr 2021

Sedih Melihat Keadaan Ayah, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai untuk menitipkan dia buat ayahnya yang kini sedang sakit. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah mengenai kesihatan ayahnya yang semakin merosot sehingga menganggu […]

Featured Thu, 8 Mar 2018

(VIDEO) Serena Williams Sampaikan Mesej Penuh Inspirasi Kepada Wanita Dalam Iklan Terbaru Nike

Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia! Hari special ni memberi penghormatan kepada kejayaan dan pencapaian golongan wanita. Sepatutnya mereka patut rasa bangga dan lagi bersemangatlah, kan?

Featured Tue, 31 Jul 2018

Review: Sediakan Tisu Sebelum Menonton Filem Pulang!

Filem ini betul-betul main dengan emosi anda!

Featured Wed, 13 Apr 2022

Didakwa Bawa Lari Hutang Berjumlah RM720,000, Mawar Karim Dedah Difitnah ‘S’

Menurut Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah oleh individu tersebut..

Oh Lawa Mon, 15 Jul 2019

Betul ke ubat gigi boleh hilangkan jerawat? Ini jawapan pakar

Ketahui juga sama ada ia bagus untuk kulit anda dalam jangka masa panjang.

Events Wed, 24 Aug 2022

Nama Tercicir Sebagai Tetamu KLFW 2022, Ning Baizura Bengang Dengan Sikap Segelintir ‘Orang Kaya’ – “Class Can’t Be Bought!”

Banyak je ‘orang kaya’ macam ni 😌 Bak kata Ning Baizura, That’s not classy at all!

Featured Wed, 31 Mar 2021

“Rindu Itu Tak Pernah Padam” – Genap 30 Tahun Kerjaya, Datuk Nora Tampil Kembali Dengan Naluri..

Siapa tidak mengenali Datuk Nora Ariffin. Suaranya yang lunak lagi lembut dalam mengalunkan lagu genre pop, balada dan R & B pasti menawan halwa telinga ramai pendengar. Setelah genap 30 tahun perjalanan kerjaya seni Nora, […]

error: Content is protected !!