Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 21, 2024 @ 5:44pm

26 Atlet, 40 Pegawai Terbang Ke Paris… Ini Penjelasan Majlis Olimpik Malaysia Mengapa Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil memberikan penjelasan semua pegawai ke Sukan Olimpik Paris 2024 mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan atlet mendapat sokongan yang diperlukan ketika bersaing untuk mengharumkan nama negara.

Menerusi sebuah kenyataan, MOM menjelaskan kontinjen negara ke Paris terdiri daripada 26 atlet dan 40 pegawai.

Ia termasuk 15 pakar teknikal, 11 kakitangan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat serta lima pengurus pasukan.

Menurut kenyataan terbabit, semua 15 jurulatih dan pengarah teknikal menggalas tanggungjawab membabitkan latihan, pembangunan strategi, dan prestasi atlet.

“Bagi 11 kakitangan sokongan pula, pasukan ini merangkumi pakar perubatan, ahli fisioterapi, tukang urut, jurulatih kecergasan, pegawai kesihatan mental, mekanik, dan penganalisis prestasi, yang penting dalam mengekalkan kesejahteraan fizikal dan mental atlet serta memastikan atlet berada pada tahap prestasi terbaik.

“Sekumpulan sembilan pegawai, diketuai oleh ketua kontinjen, Datuk Hamidin Mohd Amin dan dibantu timbalannya, Datuk Nicol David memainkan peranan menguruskan pendaftaran atlet dan pegawai, logistik, hubungan media, keselamatan dan koordinasi dengan MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara). Peranan mereka adalah kritikal untuk memastikan operasi kontinjen berjalan lancar.

“Lima pengurus pasukan pula akan mengiringi atlet masing-masing dan menguruskan keperluan mereka,” kata kenyataan terbabit.

Difahamkan, kenyataan terbabit menjawab dakwaan sesetengah warganet yang mempersoalkan bilangan 40 pegawai yang akan ke Paris, lebih ramai berbanding hanya 26 atlet yang berjaya melayakkan diri beraksi di temasya sukan terbesar itu yang boleh menjurus kepada pembaziran wang rakyat.

Dalam pada itu, kenyataan sama turut memaklumkan MOM sebagai penjaga Sukan Olimpik di Malaysia, badan induk itu dikehendaki oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk memastikan semua atlet negara menerima sokongan yang menyeluruh.

“Ini termasuk jurulatih, pakar teknikal, dan pelbagai perkhidmatan penting untuk mengoptimumkan prestasi. Pembiayaan disediakan sebahagiannya oleh badan-badan IOC, bersama dengan sumbangan daripada MSN dan ISN.

“MOM juga ingin menekankan bahawa semua perbelanjaan dirancang dengan teliti bagi memastikan kejayaan atlet negara. Pakaian rasmi dan bagasi yang menjadi perhatian ditaja sepenuhnya rakan kongsi lama kami, Yonex Sunrise Malaysia dan Samsonite Malaysia, memastikan tiada beban kewangan tambahan ke atas MOM atau atlet-atlet,” kata kenyataan terbabit lagi.

Kredit foto: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Mar 2018

流浪汉「超励志爱情故事」别再自暴自弃了!

爱情总是发生得又快又急,让你还来不及顾及对方的现实因素,就已经被名为「爱情」的龙捲风给捲了进去。而在我们羡慕那些梦幻到不行的童话故事前,这样的爱情也降临在作家Emmy Abrahamson和Vic Kocula身上。

Featured Thu, 1 Dec 2022
#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

Events Fri, 11 Feb 2022
Hiburan Fri, 14 Feb 2025

[VIDEO] Manja Saling Berpelukan, Tindakan Jefri Nichol Ci*m Pipi Ameera Khan Buat Ramai Kesal

Jefri Nichol selamba cium pipi Ameera Khan, netizen petik nama Neelofa dan PU Riz

Hiburan Wed, 8 Apr 2026

“Pilih Kata-Kata Dengan Penuh Berhati-Hati Kerana Ia Mencerminkan Niat Sebenar” – Nur Fazura

Nur Fazura mengingatkan orang ramai supaya lebih berhemah ketika menyuarakan pandangan.

Trending Tue, 18 Aug 2020

Berkelulusan Universiti Princeton, Kerabat Pahang Ini Dikagumi Ramai

Baginda juga seorang yang mementingkan privasi..

Featured Sun, 29 Jun 2025

Ezlisa Loy Sah bergelar Isteri Hafiz Azizi Dengan Sekali Lafaz

Ezlisa Loy akhirnya selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati, Hafiz Azizi.

error: Content is protected !!