Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin November 19, 2020 @ 9:00am

3 Lagi Kawasan Dikenakan PKPD Babitkan 4,028 Penduduk

Menerusi sidang media harian MKN, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga kawasan ini bermula 20 November hingga 3 Disember ini.

Kawasan yang terlibat

Antara kawasan yang dikenakan PKPD adalan Zon B dan zon C Taman Meru 2C, Ipoh serta Kampung Nahaba, Kampung Tegudon di Kota Belud selama 14 hari.

PKPD di kawasan Taman Meru ini sahaja membabitkan seramai 2,288 penduduk iaitu melibatkan sebanyak 572 bauh rumah.

Manakala, di Kampung Nahaba serta Kampung Tegudon masing-masing membabitkan 1,740 penduduk.

“Pelaksanaan PKPD di Kampung Nahaba serta Kampung Tegudon membabitkan sebanyak 1,740 penduduk di kedua-dua lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD bagi membolehkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat saringan bersasar terhadap penduduk di kawasan itu”

Semua aktiviti sosial & ekonomi TIDAK dibenarkan

Tambahnya lagi, SOP di kawasan PKPD itu juga termasuklah sekatan pergerakan dan tiada aktiviti ekonomi serta sosial.

“Semuanya tidak dibenarkan. Barangan makanan akan disalurkan ke rumah masing-masing

“Bagaimanapun, kalau isu kecemasan seperti kematian boleh maklumkan kepada polis,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Covid-19 dan pelaksanaan PKPD bolehlah tonton Buletin Utama, TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 23 Jul 2024

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Alamak, bekas suami kata fitnah besar… Tapi, bekas isteri siap mengaku bekas suami curang sejak tahun 2020🔥🔥🔥

Featured Sat, 15 Feb 2025

Hisyam Hamid Pilih Sukan Berkuda Sebagai Terapi – “Ia Juga Sebahagian Daripada Sunah”

“Ia memberi ketenangan kepada fikiran dan jiwa. Aktiviti ini adalah terapi untuk saya,” -Hisyam Hamid

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Fri, 3 Feb 2023
#tilljannah Sat, 10 Dec 2022

Safawi Rasid Beri Syifa Melvin Gift Di Live TikTok, Netizen Cakap Sweet!

Pasangan pengantin baru, Syifa Melvin dan Safawi Rasid sekali lagi mencuri tumpuan netizen kerana gelagat manis mereka di media sosial. @fatinhananie Bersemut lah screen phone kita dengan pengantin baru #syifawi ni 😍 #syifamelvin #tiktokviral #racuntiktok […]

Trending Sat, 10 Jul 2021

Hilang 2 Ahli Kumpulan Dalam Masa Setahun, Outbreak Tak Patah Semangat

Kumpulan Outbreak tak patah semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik meskipun mereka hilang dua anggota dalam masa setahun. Kini dianggotai oleh tiga jejaka, Hakeem Zamall, 23, Shakirin Shah, 21, dan Allif Firdaus, 21, Outbreak […]

error: Content is protected !!