Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin November 26, 2018 @ 10:00am

4 Mitos & Kebenaran Tentang Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil

Tatkala anda disahkan hamil, pastinya ramai kenalan mahupun keluarga terdekat yang menyampaikan maklumat ataupun nasihat tentang makanan yang patut dielakkan semasa tempoh kehamilan. Betul tak? 

Ataupun, anda sendiri akan google mencari maklumat tentang perkara-perkara yang boleh menjejaskan kandungan termasuklah soal pemakanan. Namun, tidak semua maklumat yang anda baca ataupun dengar itu adalah benar dan mungkin hanya mitos semata-mata.

Menurut Dr. Fadzilah Abdul Jalil, doktor klinik O&G, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, sememangnya ada sesetengah makanan yang diambil sewaktu hamil berkemungkinan boleh menjejaskan kandungan dan diri ibu itu sendiri. Tapi, perlu diingatkan bahawa tidak semua makanan menyebabkan hal sedemikian!

Ini kerana, makanan yang dikatakan panas, sejuk atau tajam yang boleh menjejaskan kandungan itu adalah berdasarkan pandangan dan maklumat yang disampaikan oleh orang-orang tua terdahulu. Kebanyakan maklumat tersebut tidak pernah menjalani kajian saintifik, maka tidak ada satu pun yang dibuktikan benar melalui hasil kajian saintifik.

Penulis senaraikan mitos dan kebenaranya tentang makanan yang sinonim dikaitkan dengan ibu hamil. Jom semak!

1. Durian

Foto: How to be Health – WordPress.com

Mitos

Tidak boleh makan buah durian ketika hamil kerana dikatakan ‘panas’ dan boleh menjejaskan bayi dalam kandungan.

Kebenarannya

Sebenarnya, durian bukanlah ‘panas’ tetapi berpunca daripada kandungan gula yang tinggi. Fakta sains menjelaskan bahawa, durian sangat kaya dengan potassium, zat besi, serat dan vitamin. Tapi, kandungan gulanya amatlah tinggi. Jika diambil sewaktu hamil, kecenderungan paras gula meningkat adalah sangat tinggi dan ia amat tidah baik untuk wanita yang bersaiz besar dan penghidap diabetes.

Kalau anda teringin (mengidam) sangat, cukuplah makan satu atau dua ulas sahaja. Jika lebih, ia boleh memudaratkan atau beri kesan sampingan pada ibu hamil. 

2. Air tebu

Foto: IDNews

Mitos

Minum air tebu boleh berlakunya pendarahan dan menyebabkan keguguran kerana sifat air tebu yang ‘tajam’.

Kebenarannya

Sebenarnya, dalam cuaca yang panas air tebu sangat bagus untuk diminum kerana ia merupakan pelepas dahaga yang baik. Air tebu adalah bersifat sejuk bukanlah ‘tajam’ untuk ibu hamil. Ia mengandungi gula yang tidak sebanyak durian, tinggi serat, zat besi, vitamin B kompleks dan vitamin C.

3. Nanas

Foto: Snaped.fns.usda.gov

Mitos

Makan buah nanas boleh menyebabkan masalah pendarahan dan keguguran.

Kebenarannya

Nanas kaya dengan vitamin C, tinggi potassium, beta karotena dan serat. Ianya bagus dimakan tapi, anda tidak boleh makan nanas muda kerana banyak kandungan asid yang boleh mengganggu sistem penghadaman. Ia juga boleh menyebabkan anda mengalami cirit-birit dan sakit perut.

Selain itu, nanas juga mengandungi kandungan bromelain yang berperanan mencerna protein. Kandungan ini dipercayai boleh menyebabkan keguguran dan pendarahan tapi sebenarnya ia tidak benar! Ini kerana, untuk mencetuskan masalah sebegini, anda perlu makan 2 biji nanas. 

Apa pun, anda dinasihatkan untuk mengambil nanas masak dan bukannya yang mentah. Limit-kan pengambilan buah nanas ini ya!

4. Tumbuhan menjalar

Foto: Hello Sehat

Mitos

Tumbuhan menjalar seperti kacang dan timun adalah ‘sejuk’ dah tidak bagus dimakan oleh wanita hamil.

Kebenarannya

Sebenarnya, sayuran menjalar ini tidak ‘sejuk’ kerana tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan ia boleh menyebabkan kembung perut, sakit sendi, otot, urat dan sebagainya. Ia sama seperti sayuran yang lainnya yang mempunyai tinggi kandungan vitamin.

Kesimpulannya, wanita hamil boleh saja makan apa-apa pun makanan asalkan tidak diambil dengan kuantiti yang banyak. Sama juga dengan makanan yang dikatakan baik untuk kandungan dan kehamilan, jika diambil berlebihan ia akan menimbulkan kesan sampingan. 

Semoga bermanfaat!

Sumber: Majalah PaMa

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 20 Jul 2018

Petua Semula Jadi Ini Memang Berkesan Untuk Merawat Selsema

Jangan biarkan penyakit selsema anda berjangkit dengan orang lain. Ikuti petua ini untuk menyembuhkannya.

Events Thu, 30 Jun 2022

“Mereka Ada Hak Untuk…” – Sering Dikritik Imej Seksi, Nora Danish Tampil Beri Respons!

Nora anggap imejnya tidak seksi sebagaimana yang didakwa netizen 😊

Featured Thu, 21 May 2026

“Belum Masanya, Banyak Lagi Saya Harus Belajar” – Amir Ahnaf Tak Ralat Tolak Tawaran Bawa Watak Hang Tuah

Amir Ahnaf menjelaskan, dia tidak ralat melepaskan peluang keemasan membawakan watak Hang Tuah dalam teater ikonik muzikal Puteri Gunung Ledang.

Featured Tue, 2 Aug 2022

“Degup Atau Denyut Rezeki Saya Melimpah Ruah” – Nuha Bahrin Bersyukur Terima Respons Luar Jangkaan

Baru-baru ini timbul kontroversi mengenai penggunaan perkataan dalam lagu popular Casablanca yang dinyanyikan oleh Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Sehinggakan penggunaan perkataan ‘denyut’ dalam lirik berkenaan ditegur oleh seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana […]

Featured Tue, 15 Nov 2022

Belanja Beatbox Ketika Ceramah, Hazwani Helmi Dapat Tepukan Gemuruh Pelajar – “Adik Tu Tepuk Macam Nak Tercabut Tangan”

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan pasangan adik-beradik yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi dan Datin Seri Heliza Helmi hadir ke sekolah untuk memberikan ceramah. @hazwanihelmiAl kisahnya nak kena ceramah. Tapi tak sangka […]

Featured Fri, 19 May 2023
error: Content is protected !!