Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops November 27, 2018 @ 5:00pm

5 Cara Efektif Untuk Betulkan Telinga Yang Tersumbat Ketika Di Dalam Kapal Terbang

Jika anda pernah menaiki kapal terbang, anda mesti pernah melalui sebuah situasi di mana telinga anda tersumbat. Kadang-kadang ia bukan saja buat kita rasa tak selesa, tapi rasa sakit!

Menurut American Academy of Otolaryngology, ia ada kena mengena dengan tiub Eustachian, sebuah saluran di dalam telinga kita yang menstabilkan tekanan di antara dua-dua belah telinga.

Bila pesawat yang kita naik itu terbang menaik atau menurun, perubahan altitud akan memberi impak kepada kebolehan tiub itu untuk mengawal selia tekanan di udara.

Kadangkala perubahan tekanan boleh menyebabkan tiub itu untuk tertutup. Hasilnya adalah rasa telinga yang tersumbat.

Ini bermakna, cara untuk melegakan rasa tak selesa ini adalah dengan membuka semula tiub Eustachian agar ia boleh mengimbangkan tekanan.

Nasib baik, anda tak perlu sampai ke destinasi untuk perbetulkan telinga anda. Ini adalah 5 cara berkesan yang anda boleh cuba.

1. Kunyah gula-gula getah

Lain kali bila anda sedang menunggu penerbangan anda untuk berlepas, pastikan anda beli chewing gum. Perisa apa-apa pun tak apa.

Mengunyah gula-gula getah boleh tolong melancarkan telinga tersumbat kerana ia menjana pengeluaran air liur.

Bila ada banyak air liur dalam mulut, secara semula jadinya anda akan menelan. Bila ini berlaku, otot di lelangit mulut anda akan membuka semula tiub Eustachian. Rasa tersumbat itu juga akan hilang.

2. Hisap gula-gula

Foto: uvmbored.com

Sama seperti chewing gum, perbuat menghisap lollipop, ubat batuk atau gula-gula kecil akan menghasilkan air liur yang akhirnya menyebabkan anda menelan. Hal ini akan membuatkan telinga anda tak tersumbat lagi.

3. Paksa diri untuk menguap

Memanglah pelik untuk paksa menguap bila kita tak mengantuk, tapi sebenarnya inilah cara paling selamat untuk betulkan telinga tersumbat.

Menurut Mayo Clinic, bila kita buka mulut kita besar-besar, ia akan merenggangkan otot di belakang kerongkong yang bersambung dengan tiub Eustachian. Ini akan menyebabkan tiub itu untuk terbuka semula jadi ia boleh menyesuaikan diri dengan tekanan udara di luar.

Apabila tekanan telah diimbang, ketidakselesaan ini akan hilang. Anda boleh cuba paksa diri untuk menguap dengan menarik nafas dalam-dalam sambil berfikir tentang menguap. Cubalah!

4. Gunakan teknik Valsalva maneuver

Foto: Medical News Today

Teknik popular yang disyorkan oleh doktor ini boleh menjadi cara efektif untuk melancarkan telinga sumbat, menurut kajian oleh jabatan ENT di Gentofte University Hospital.

Menurut Healthline, untuk melakukan teknik ini dengan betul, pertama sekali anda perlu tutup mulut dan picit hidung dengan jari. Kemudian cuba hembus nafas melalui hidung perlahan-lahan.

Kerana hidung anda tertutup, nafas tadi akan tertolak ke dalam bahagian hidung dan tiub Eustachian sekali, secara tak langsung. Peraliran nafas ini akan menyebabkan tiub itu terbuka dan dengan jayanya melancarkan sumbat.

Tapi awas! Jangan hembus nafas terlalu kuat kerana ia berpotensi untuk memecah gegendang telinga anda!

5. Gunakan teknik Toynbee maneuver

Menurut kajian oleh Gulhane Military Medical Academy, teknik ini adalah satu lagi pendekatan yang efektif. Caranya, picit hidung dan telan air liur dalam mulut. Jika mulut anda rasa kering, minum air sikit supaya teknik ini lebih mudah dilakukan.

Yaaa, itu dia 5 cara berbeza yang anda boleh cuba untuk legakan telinga daripada tersumbat. Cubalah untuk ingat supaya lepas ini bila telinga anda tersumbat, anda akan tahu apa nak buat.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Tue, 16 Jul 2019

17 foto mengapa Hoi An di Vietnam dipilih bandar terbaik dunia 2019

Dekat saja dengan Malaysia, jadi bolehlah pergi melancong!

Eat Travel Fri, 6 Jul 2018

Jangan Takut Nak Cuba Buat Kek Red Velvet! Jom Try Resipi Ini

Tak mustahil jika anda betul-betul mengikut resipinya.

Eat Travel Wed, 3 Jul 2019

Burger Portugal keluaran McDonald’s amat serasi dengan cita rasa rakyat Malaysia

Seolah-olah ada persamaan di antara masakan di sana dan di sini.

Eat Travel Fri, 31 Aug 2018
Eat Travel Tue, 31 Jul 2018

Wow! Kini Ada Burger Kangkung Sambal Belacan. Memang Terangkat Habis!

Bagi anda yang ‘hantu pedas’ memang wajib cuba burger ini. Terangkat habis!

Eat Travel Thu, 20 Dec 2018

‘Tis The Season To Have A Yummy ‘Kissmas Feast’ With A Little Asian Twist!

You don’t need to celebrate Christmas to enjoy it!

Eat Travel Thu, 28 May 2020

Menu asli Malaysian Deli tarik rakyat Malaysia jamu selera

Nasi lemak, mi kari, martabak semua sedap

Eat Travel Sun, 17 May 2020
error: Content is protected !!