Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops February 23, 2018 @ 3:49pm

5 Perkara Anda Lakukan Tanpa Sedar Yang Boleh Merosakkan Kulit Wajah

Tahukah korang, perkara yang selalu korang buat setiap hari tanpa disedari boleh menjejaskan kulit wajah dan membuatkan korang nampak lebih tua daripada usia.

Nak tahu apa perkara itu, check it out!
 
 
1. Mandi air panas
 
Mandi air panas memang nikmat. Tapi jika terlalu kerap dan lama, ia boleh mengikis lapisan luar epidermis sekaligus menyebabkan kulit kering. Kulit yang sangat kering akan lebih cepat kendur dan berkedut.
 
 
2. Kerja, kerja dan kerja
 
Terlalu workaholic boleh membuatkan seseorang itu tertekan. Tahap tekanan yang kronik membuatkan otak membebaskan neuropeptida yang menyebabkan pipi menjadi kemerahan dan sensitif. Selain itu, tubuh akan membebaskan lebihan hormon androgen yang menyebabkan jerawat.
 
 
3. Gila gajet
 
Zaman teknologi canggih ini, kalau boleh 24/7 nak pegang gajet. Mereka yang suka belek telefon, tablet dan sebagainya ini berisiko tinggi untuk mengalami garis kedutan dan lingkaran gelap di bawah mata.
 
 
4. Tidur lewat
 
Jadual tidur yang tidak menentu akan mengkucar-kacirkan waktu tidur semulajadi korang. Tidur tidak cukup boleh melemahkan fungsi perintang dan menghalang kulit untuk kekal terhidrat selain mampu menjejaskan penghasilan kolagen pada wajah. Jika berlanjutan, kulit akan mula hilang seri dan kelembutannya.
 
 
5. Merokok
 
Sama ada korang hisap atau hidu rokok, terdedah  dengan asap rokok akan buat kulit berkedut dan kusam. Asap juga penuh dengan radikal bebas yang ‘memakan’ kolagen serta karsinogen yang mampu menambah risiko kanser kulit.
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Hindari Guna Putik Kapas Kalau Tak Nak Telinga Anda Sakit Teruk

Tahukah anda mengorek dan membersihkan tahi telinga menggunakan putik kapas akan merosakkan telinga?

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Mahu Rasai Penginapan Mewah Seperti Bercuti Di Bali? Jom Ke Aman Rimba Janda Baik!

Terpegun dan terpesona, perasaan yang  terlahir jujur saat menjejakkan kaki di perkarangan Aman Rimba Private Estate, terletak di Janda Baik, yang mengambil masa cuma 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Featured Mon, 8 Jan 2018

7 Kesilapan Semasa Mencuci Rambut Yang Anda Selalu Lakukan

“Eh apasal rambut aku masih kasar dan gatal, padahal baru sahaja basuh dan syampu malam tadi? Masuk ni dah banyak kali tukar syampu tapi masih tak jumpa yang sesuai. Tak tahulah ni masalah syampu atau […]

Acara Tue, 9 Dec 2025

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara.

Gaya Hidup Tue, 22 May 2018

Amalkan Makanan Ini Untuk Anak Jadi Genius Seperti Tun Mahathir

Pemakanan anak anda sangat mempengaruhi perkembangan otak mereka.

Gaya Hidup Wed, 4 Jul 2018

Potong Buah Pun Ada Caranya, Jangan Main Potong Ikut Suka Hati

Boleh ‘potong’ mood la nak makan buah.

Featured Thu, 16 May 2019

Anda pernah bersahur pada hujung waktu? Ini hukumnya

Bersahur pada waktu afdal adalah yang terbaik

Gaya Hidup Thu, 20 Sep 2018

Ketahui 5 Personaliti Berdasarkan Coklat Kegemaran Anda

Bagi anda yang suka coklat susu, anda adalah seorang yang bijak dan suka menjadi pusat perhatian.

Featured Sat, 24 Dec 2022

Menari Di TikTok Dengan Baju Seksi, Nadia Brian Diserang Komen Nakal

Tidak serik dikecam netizen kerana berpakaian seksi, pelakon Nadia Brian sekali lagi mengundang komen nakal di media sosial setelah berjoget menggunakan pakaian yang mencolok mata. @nadia.brian My beautiful makeup by @schanooladiva 😍❤️ #NadiaBrian ♬ Calm […]

error: Content is protected !!