Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops January 23, 2018 @ 3:10pm

6 Makanan Perangsang Metabolisme

Menurut buku ‘Of Thin For Good’ yang ditulis oleh Fred Pestacore, makan menu ringkas dan mempelbagaikan jenis makanan sebenarnya sangat baik. Ia boleh meningkatkan kadar metabolisme di samping membantu tubuh badan membakar kalori dengan lebih efektif.

Jelas pakar nutrisi ini lagi, makan bukan sekadar untuk mengeyangkan perut, malah makanan juga berfungsi untuk membekalkan tenaga untuk individu melakukan aktiviti harian. Jika anda sering berasa letih tidak bermaya dan usaha menurunkan berat badan tidak berjaya, mungkin kerana anda gagal mengambil makanan yang mampu merangsang metabolisme.

Berikut enam jenis makanan pembakar tenaga yang boleh anda amalkan untuk membantu proses penurunan berat badan dan juga mendapatkan tubuh badan lebih bertenaga.

1) Jus & kulit buah limau

Jus dan kulit buah limau mampu menghapuskan lemak sehingga 70 peratus. Sebabnya, ia mengandungi asid Hydroxycitric yang boleh menyingkirkan lemak sehingga 12 jam selepas mengambil makanan. Jadi, minum air limau nipis selepas menikmati makanan sangat disarankan kerana ia membantu mengawal pengumpulan lemak di dalam badan. Selain itu boleh juga amalkan pengambilan buah oren dalam diet harian.

2) Soya

Kandungan isoflavones yang ada dalam soya sangat membantu untuk menyingkirkan lemak degil dalam tubuh. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Neurosains. Universiti Birmingham Young, Utah, Amerika Syarikat, wanita yang mengambil kuantiti soya yang mencukupi berjaya mengurangkan berat badan berbanding wanita yang tidak langsung mengambil soya.

3) Produk Tenusu

Bagaimana produk tenusu boleh mengurangkan masalah perut buncit atau boroi sehingga 80 peratus? Kajian sebelum ini telah membuktikan produk tenusu seperti yogurt berkesan untuk membakar lemak. Ini kerana ia boleh menghalang pembebasan hormon calcitriol yang boleh menyebabkan pertambahan lemak.

4) Makanan berempah

Dalam satu kajian yang dilakukan di Britain, individu yang mengambil makanan berempah boleh membakar sehingga 25 peratus berbanding mereka yang tidak. Ini kerana rasa pedas yang terkandung dalam lada putih mempunyai kesan peningkatan haba yang mempengaruhi metabolisme badan. Jadi ia boleh membakar kalori dengan lebih pantas.

5) Teh Hijau

Pasti ramai yang sudah tahu Teh Hijau punya banyak manfaat pada kesihatan tubuh badan. Selain tinggi kandungan anti-oksida, ia juga merupakan agen pembakar kalori yang baik. Bagaimanapun, ia perlu diambil dalam kuantiti yang betul. Empat cawan Teh Hijau dapat membakar sehingga 80 kalori.

6) Epal

Buah ini  biarpun rendah kalori, namun kadar serat yang ada di dalam sebiji epal mampu menurunkan berat badan. Buah lainnya yang sama manfaatnya adalah buah pir. Makan epal dan pir bersama dengan kulitnya. Ini kerana kulit yang paling banyak serat. Namun ingat, cuci bersih buah ini untuk menghindari sebarang racun serangga yang mungkin tertinggal pada permukaan kulit.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 15 Jan 2022
Featured Thu, 10 Mar 2022
Featured Tue, 18 Jul 2023
Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022

“Manja Tak Kami?” – Berjoget Anak Beranak, Netizen Simpati Nasib Cahaya Mata Aliff Syukri

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksi berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyyan tular di media sosial. @aliffsyukriterlajaklarisManjaaa tak kami??♬ No comment […]

Featured Wed, 8 Mar 2023

Takut Perkara Sama Berlaku Selepas Berkahwin, Farahdhiya Akui Emosi Terganggu

Hmm betul sekarang ni banyak benda boleh jadi kan…

Featured Mon, 5 Aug 2019

Almari pakaian anda tidak teratur isinya? Ikuti nasihat pakar ini

Bila dah tersusun cantik, baru sedap mata memandang.

Featured Tue, 27 Sep 2022

“Rasa Nak Muntah, Ada Masalah Hati…” – Stacy Tegur Individu Dalam Industri Tak Matang… Siapa Tu?

Alamak, apa kes ni? 🫢 Jarang jarang min tengok Stacy marah ni 😰 Apapun, moga dipermudah segala urusan 😊

error: Content is protected !!